CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23827|Reply: 13

[Tempatan] Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar yang menyalurkan RM5,000 kepada setiap 40 masjid dan surau di kawasan berjumlah RM200,000

[Copy link]
Post time 22-2-2026 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BATU GAJAH – Inisiatif tahunan membantu masjid dan surau diteruskan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar yang menyalurkan RM5,000 kepada setiap 40 masjid dan surau di kawasan.



Sumbangan berjumlah RM200,000 itu bagi membantu jawatankuasa masing-masing mengatur program berbuka puasa serta aktiviti keagamaan yang memberi manfaat kepada kariah sepanjang bulan Ramadan.

Ketika itu sebagai wakil rakyat pembangkang, saya berdepan kekangan kewangan untuk menyalurkan bantuan besar kepada rumah-rumah ibadat.

“Apabila tiba Ramadan, ada masjid dan surau yang datang memohon sumbangan, tetapi mereka memahami keadaan saya dan mereka hanya minta RM300, RM400 atau RM500.

“Saya sendiri rasa jumlah itu tidak mencukupi, namun mereka tetap menghargai dan menjemput saya ke majlis berbuka puasa,” katanya kepada pemberita sempena majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan Parlimen Batu Gajah di sini pada Sabtu.

Timbalan Pengerusi DAP Perak itu berkata, pengalaman tersebut menimbulkan tekad untuk membantu dengan jumlah yang lebih signifikan sekiranya diberi peluang menjadi wakil rakyat kerajaan.

Katanya, hasrat itu dapat direalisasikan pada 2023 apabila beliau mula menyalurkan RM5,000 kepada setiap masjid dan surau di Parlimen Batu Gajah dan berikrar untuk meneruskannya pada masa akan datang.

“Saya mahu apabila masuk sahaja Ramadan, mereka sudah tahu akan menerima sumbangan ini dan boleh merancang program iftar, moreh serta aktiviti lain dengan lebih teratur dan sempurna,” ujarnya.

Majlis penyerahan tersebut dihadiri kira-kira 350 wakil masjid dan surau dan ketua kampung serta Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2026 08:22 PM | Show all posts
Duit datang dari Cukai dari rakyat

tapi kata kononya DAP yg bagi

ular tetap ular
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Phuiiiiiihhhh tak kose nak puji
Takkan terpedaya dgn dap

Phuiiiiiihhhh Phuiiiiiihhhh Phuiiiiiihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 12:34 AM | Show all posts
Kafir kasi duit..
Yg konon pejuang bangsa, Islam kasi hutang berbilion-bilion ...tak bayor cukai pulak tuu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
At least dia hulor2 la siked..  Dari sesen tak kasi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la yg baik kita puji... Tqtq
Meriah lg le sambutan dkt sana ye dpt duit extra
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2026 11:57 AM | Show all posts
xde kasi duit pun kita boleh sedekah
yg penting tak mau lilit pokok dengan kain kuning ya
nak bisness betul2 bukan bisnes tunggang agama 0 cost 100% profit
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 23-2-2026 11:57 AM
xde kasi duit pun kita boleh sedekah
yg penting tak mau lilit pokok dengan kain kuning ya
nak bisnes ...

Tapi u sudah 'hutang' saiya...saiya 'sudah bagi'...u tada ingat ka???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2026 02:19 PM | Show all posts
depa bagi duit, kita ambik.. tapi undi tak payah bagi kat depa lah.

buat balik mcm mana depa buat kat kita
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:19 PM | Show all posts
depa bagi duit, kita ambik.. tapi undi tak payah bagi kat depa lah.

buat balik mcm mana depa buat kat kita
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:42 PM | Show all posts
org bagi kita amik, dia bukan paksa soh undi dia
nak undi guna la akal
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 23-2-2026 02:48 PM

X dapat pahala utk akhirat ka
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:58 PM | Show all posts
YB muslim ada tak bagi 200k untuk program2 agama tokong dan kuil?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 03:04 PM | Show all posts
TOPwind replied at 22-2-2026 08:22 PM
Duit datang dari Cukai dari rakyat

tapi kata kononya DAP yg bagi

dia beri atas kapasiti wakil rakyat kerajaan, bukan sebagai pemimpin DAP dan semua orang tahu itu duit cukai termasuk dari orang kapir. Lain lah kalau yang bagi tu lembaga zakat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.424741 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list