CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15221|Reply: 17

[Jenayah] Suami heliza didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen. Bimbang janggut dipotong dalam tahanan, suami Heliza Helmi mohon dibenar ikat jamin

[Copy link]
Post time 23-2-2026 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ultra78 at 23-2-2026 03:23 PM

Suami heliza didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
23 Februari 2026, 1:14 pm

Mahadi (kiri) dan Mohd. Daud (kanan) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR – Suami kepada selebriti Datin Seri Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah.

Bagaimanapun Mahadi, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti sedangkan AUF MBZ Consortium PLT bukan seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan juga bukan seorang orang berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti yang mana tertuduh sebagai wakil syarikat itu adalah disifatkan telah melakukan kesalahan tersebut.

Kesalahan itu didakwa di Subang Jaya masing-masing antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023 serta 3 September 2021 dan 15 Februari 2024 yang didakwa mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dibaca bersama subseksyen 367(1) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah subseksyen 58(4) Akta yang sama.

Justeru hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda makaimum RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, media melaporkan syarikat milik Mahadi tidak mempunyai lesen atau berdaftar dengan SC untuk menjalankan sebarang aktiviti terkawal.

Sementara itu di hadapan Hakim Norma, bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah.

Mohd. Daud, 62, selaku wakil syarikat aktiviti jual beli komoditi, Energy Eco Berhad, telah bersubahat dengan AUF MBZ Consortium PLT, apabila AUF MBZ telah menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti.

Ia sedangkan AUF MBZ bukan seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan juga bukan seorang orang berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti, di mana kesalahan AUF MBZ Consortium PLT dilakukan akibat persubahatan Energy Eco.

Mohd. Daud sebagai wakil Eco Energy ketika berlakunya kesalahan berkenaan, disifatkan telah melakukan kesalahan terbabit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pusat Perniagaan Reef, Rawang antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023 yang didakwa mengikut seksyen dan hukuman sama.

Mahkamah kemudian membenarkan Mahadi RM100,000 manakala Mohd. Daud RM50,000 berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sekali setiap bulan.

Tarikh 10 April ini ditetapkan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2026 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya....
Rambut potong janggut x potong ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts

Dah bertahun tahun rebonding ni
At last
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
jeng jeng jeng..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 03:20 PM | Show all posts
cicicumel replied at 23-2-2026 01:23 PM
Akhirnya....
Rambut potong janggut x potong ke

Bimbang janggut dipotong dalam tahanan, suami Heliza Helmi mohon dibenar ikat jamin
Ahmad Johari Mohd Ali - Februari 23, 2026 @ 2:30pm



KUALA LUMPUR: Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini atas dua pertuduhan menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen sah.

Mahadi, 43, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, suami kepada penyanyi dan aktivis Heliza Helmi itu didakwa sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT menjalankan perniagaan dalam sekuriti sedangkan syarikat itu bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bayrocks Garden Waterfront Villa, Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.

Kesalahan adalah mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dibaca bersama subseksyen 367(1) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah subseksyen 58(4) Akta yang sama yang memperuntukkan denda maksimum RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bimbang janggut dipotong dalam tahanan

Sementara itu, peguam Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dibebaskan dengan jaminan kerana khuatir janggutnya akan dipotong dalam tahanan.

Mohd Zamri dalam hujahan ketika memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan, memberitahu mahkamah jika jaminan tidak dibenarkan dan Mahadi dipenjarakan, janggut panjangnya berkemungkinan dipotong.

"Ini akan memberi kesan kepadanya," katanya.

Mohd Zamri berkata, anak guamnya yang membantu pihak mengendalikan jemaah umrah, memberikan kerjasama sepanjang siasatan dan bukan individu yang berisiko untuk melarikan diri.

Beliau berkata, Mahadi turut menanggung ibunya yang menghidap kanser dan tahap kesihatannya tidak menentu, selain menanggung keluarga mentuanya.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti (SC), Danial Imran Nasaruddin, memohon mahkamah menimbangkan kepentingan awam serta keyakinan pelabur dalam pasaran sekuriti sebelum membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

Beliau berkata, pendakwaan mencadangkan mahkamah mengenakan jumlah jaminan RM250,000 dengan dua penjamin dan memerintahkan pasport diserah kepada mahkamah serta tertuduh dikehendaki melapor diri di pejabat SC sebulan sekali.

Kedua-dua mahkamah kemudian membenarkan Mahadi dijamin masing-masing sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan semua syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.




Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau potong hilang tuah ke?
Bukan takleh panjang balik pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2026 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
trend skrg masuk court pakai mask, kerusi roda... jarang plak nampak pakai neck support collar
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 04:36 PM | Show all posts
apa pasal plak?

ada pantang susuk ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2026 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 23-2-2026 05:29 PM

Teringat Chinese traditional hairstyle jika dipotong toncang kira jatuh maruah hargadiri ka
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 05:32 PM | Show all posts
nmpk selekeh kepala botak janggut panjang gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 05:32 PM | Show all posts
nmpk selekeh kepala botak janggut panjang gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup mulut takut orang cam ka tapi janggut nampak tak guna juga.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-2-2026 03:20 PM
Bimbang janggut dipotong dalam tahanan, suami Heliza Helmi mohon dibenar ikat jamin
Ahmad Johari M ...

keluarga mentua iaitu family heliza ditanggung oleh janggut ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cacat ke kalau buang janggut tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 10:26 PM | Show all posts
x guna pown nak tutup muka.. bukan orang x pernah tengok roper ko camner
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 10:26 PM | Show all posts
x guna pown nak tutup muka.. bukan orang x pernah tengok roper ko camner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2026 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkan acikpor saje nak kutuk dia ghupernya memang dia takut janggut kena potong. Apa ko pikir hensem benau ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh kenapa kalau kena potong janggut.
Terus kiok ke. Aneh2 je janggut rebonding ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.287469 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list