Baru-baru ini, seorang gadis Melayu yang dikenali sebagai "Koko" diejek dan dikecam teruk oleh netizen gara-gara videonya yang dimuat naik ke laman sosial.
Dalam video berdurasi 1 minit itu, Koko memberitahu bahawa ramai yang bertanya kepadanya mengapa dia bercakap dalam "accent" mat salleh. Adakah dia berdarah kacukan?
Dengan loghat mat salleh, Koko menerangkan bahawa dia sememangnya mempunyai darah kacukan Cina, Pakistan dan Serani.
Koko juga menjelaskan bahawa adik beradiknya juga bertutur dalam "loghat mat salleh" sepertinya.
Oleh kerana rakyat Malaysia ramai yang "bijak menyiasat" dan suka mengusik, video koko mula diparodikan apabila ada segelintir netizen yang meluat dan merasa tertipu dengan apa yang diberitahu oleh Koko.
Yang menariknya, pelakon Janna Nick juga tidak ketinggalan dalam "acara" membuat video parodi ini. Jom kita saksikan antara video parodi menarik dan melucukan yang telah dihasilkan oleh netizen.
Namun, Koko tidak melatah apabila videonya diparodikan sebaliknya ini penjelasan darinya. Lihat video dibawah ini.
Ini pula reaksi netizen selepas menonton video penjelasan dari Koko.
Post time 25-11-2016 06:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Troll sekali nelofa ngan fatiya latif sekali. Si siti saleha pun detcted slang fake kekadang. Ada je yg dia boleh sebut betul betul tapi kena dengar lah. Jadah drama melayu semua dia berlakon nak guna slang faker. Walau dia berlakon bagus tapi tak masuk dek akal suasana kampung pastu slang mat saleh pekat