Sumber Foto: IG Noornabila
Sebelum ini netizen kecoh dengan gosip percintaan antara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah putus di tengah jalan.
Katanya Sharnaaz telah menumbuk Nabila dan meninggalkannya di sebuah stesen minyak.
Sumber Foto: IG Noornabila
Namun status yang dimuat naik oleh Noor Nabila di laman Istagramnya nampaknya telah pun menjelaskan situasi yang sebenar.
"Saya dengar rumours bodoh about me and Sharnaaz, saya doakan siapa yang buat fitnah tu dan penyebar cerita tak betul tu semoga mendapat hidayah dan keampunan dari Allah SWT."
Sumber Foto: IG Sharnaaz Ahmad
Nabila juga memberi amaran kepada si pemfitnah agar jaga hal diri sendiri. "Jangan sibuk hal orang, belum tentu lagi awak ada tiket masuk syurga nak tambah dosa tu kenapa."
"Saya nak ajak semua orang yang follow saya untuk doakan orang tu semoga Allah bersihkan hati dia."
Kebanyakan pengikutnya telah memberikan komen supaya Nabila terus bersabar serta mendoakan kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini. -CARI
Sumber Foto: IG Sharnaaz Ahmad
|