CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5276|Reply: 3

[Jenayah] Polis buru 4 lelaki curi kabel TNB

[Copy link]
Post time 18-2-2026 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Polis buru 4 lelaki curi kabel TNB
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor - Februari 18, 2026 @ 7:25am

Gambar hiasan. - Foto NSTP

KAJANG: Polis memburu empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran Pangsapuri D'Kayangan Setia Ecohill, Semenyih, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.54 pagi itu, kegiatan suspek berjaya digagalkan selepas ditegur oleh penduduk setempat yang menyedari kehadiran mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari yang sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek yang belum dikenal pasti bangsanya itu menggunakan sebuah kenderaan berwarna kelabu.

"Suspek dilihat sedang memotong kabel yang disyaki milik TNB di kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, kumpulan lelaki terbabit bertindak melarikan diri sejurus ditegur oleh penduduk setempat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, susulan laporan yang diterima, polis kini sedang giat mengesan semua suspek yang terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan khianat dengan memotong kabel.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nadzul Majdi Abu Seman di talian 017-4661 757 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2026 03:24 PM | Show all posts
Geng kacip?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2026 04:50 PM | Show all posts
siasatan awal mendapati keempat-empat suspek yang belum dikenal pasti bangsanya itu menggunakan sebuah kenderaan berwarna kelabu

muka pan asian ka susah sangat nak tau type apa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2026 07:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.359951 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list