View: 3243|Reply: 28
|
Malaysia Tuntut Penjelasan China Tempatkan Aset Tentera Di Laut China Selatan
[Copy link]
|
|
Susulan baru-baru ini, sebuah badan bukan kerajaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Asia Maritime Tranparency Initiative (AMTI) mendedahkan gambar kononnya China menempatkan aset tentera di tujuh pulau buatan di Laut China Selatan, justeru itu, Malaysia menuntut penjelasan China.
Memetik laporan Bernama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau akan menulis surat menuntut penjelasan kepada rakan sejawatnya, Jeneral Chang Wanquan, dalam tempoh terdekat ini berhubung dakwaan itu.
“Sekiranya gambar ini benar, ia akan menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa hingga mampu menggugat kestabilan dan keamanan di Laut China Selatan,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera (PAT) di Wisma Pertahanan hari ini."
Katanya, beliau juga akan menulis surat kepada Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter, untuk meminta penjelasan mengenai gambar daripada imej satelit yang didedahkan AMTI.
Rabu lalu, AMTI mendedahkan imej satelit yang dikajinya menunjukkan China meletakkan sistem pertahanan, termasuk senjata antipesawat dan antipeluru berpandu, di semua tujuh pulau buatan yang dibinanya di Laut China Selatan.
AMTI berkata, penemuan itu diperoleh walaupun, kenyataan pemimpin China bahawa Beijing tidak berniat meletakkan tentera di kepulauan yang menjadi laluan strategik perdagangan, di mana wilayah itu juga dituntut oleh beberapa negara.
Malaysia antara negara yang turut menuntut kedaulatan ke atas wilayah di Laut China Selatan itu.- CARI
sumber foto: https://amti.csis.org/ & http://topnews.in/ |
|
|
|
|
|
|
|
sebok je amariiika ni...pm jibby kata no hal buh la apa pun malaysia now China yg punya... |
|
|
|
|
|
|
|
patut pi minta penjelasan pm jibby apa daaaaaaaaa....opsss lupa lak cousin... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini namanya diplomasi berhemah
Bukan semberono nak join proksi sana, gertak nak perang sini |
|
|
|
|
|
|
|
washington kata apa pulak ?reaksi balas...Jeneral Trump |
|
|
|
|
|
|
|
Tu dia akn tulis Akan hantar Surat Akan tuntut penjelasan. Maksud ye tak Akan la tu |
|
|
|
|
|
|
|
amerika dan cina berbalah malaysia mati ditengah tengah ,,tahniah
|
|
|
|
|
|
|
|
Apalah susahnya.. kita claim lah imej satelit tu di ragui.. sehingga dibuktikan dgn benar dan nyata |
|
|
|
|
|
|
|
eh, katanya GEOSTRATEGY , kenapa mintak penjelasan pulak..? |
|
|
|
|
|
|
|
Aset malaysia lagi lama ada |
|
|
|
|
|
|
|
diplomasi berhemah
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuntut juga penjelasan mengenai penempatan ayam ayam china di malaysia ini |
|
|
|
|
|
|
|
giver replied at 16-12-2016 10:56 AM
amerika dan cina berbalah malaysia mati ditengah tengah ,,tahniah
seeloknya kita serang mereka dulu |
|
|
|
|
|
|
|
serang sendiri je la ,,kami tak ikut
|
|
|
|
|
|
|
|
Jom kita serang.....
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 16-12-2016 08:39 PM
Asyik2 umno
Respons dapigs talak kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai, lu siapa, kuasa besar kah? Mahu tuntut penjelasan dari China, setiap orang rakyat China ludah sekali sahaja, Malaysia pun banjir lah.... cermin lah diri dulu.. nanti China marah dan tak nak import kelapa sawit dan tarik semua pelabur nya dari Malaysia, nanti baru menangis pun tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pyropura at 16-12-2016 09:59 PM
PART ONE:
Msia: Kami dapat berita Prc mula pasang senjata kat Spratlys.
Prc: Mana ala maa, itu sumua olang putih bohong miya, muleka sumua cumbulu kujayaan ummah china selet maa
Msia: Kami masih tak puashati, tolong jelaskan berita pemasangan senjata itu
Prc: Ok ok kami jelaskan, itu gamba sibilah kanan punya kitabikin sinjata STA pakai itu plastik Lego made in china.ITU GAMBA sibilah kili aatas, kita pasang pelulu berpandu main main miya, made in china |
|
|
|
|
|
|
|
woii woii kena tegas woii
tegas macam cikgu tadika woii |
|
|
|
|
|
|
| |
|