Pernahkah anda melancong ke Hong Kong? Jika anda jenis 'kaki shopping' anda pasti tahu Hong Kong tersenarai sebagai salah satu destinasi percutian anda.
Siapa yang tak tahu jika Hong Kong merupakan destinasi utama untuk membeli-belah, bukan? Sekiranya anda tertarik untuk singgah ke Hong Kong tetapi mempunyai bajet terhad, jangan risau kerana ada empat lokasi menarik yang harus anda masukkan dalam senarai kunjungan semasa berada di Hong Kong.
1. The Peak
Metro.uk melaporkan, The Peak adalah lokasi tepat untuk menikmati gemerlapan cahaya kota Hong Kong di malam hari. Anda juga boleh menyaksikan sendiri gemerlapan pancaran cahaya lampu dari bangunan-bangunan pencakar langit.
Foto: Metro.uk
Cubalah nikmati suasana di sekitar The Peak dengan menggunakan The Peak Tram pada harga kira-kira RM50 (HKD88) sahaja.
Foto: http://images.nationalgeographic.com
2. Pulau Lantau
Bangunan pencakar langit bukanlah satu-satunya tarikan yang terdapat di Hong Kong. Di Hong Kong juga terdapat lebih dari 230 buah pulau dengan pemandangan pantainya yang cantik.
Foto: IG Off The Road Travel
Satu daripadanya adalah Pulau Lantau iaitu pulau terbesar di Hong Kong, berhampiran dengan pulau utama dan semenanjung Kowloon. Ia juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.
Anda boleh menggunakan feri untuk ke pulau itu dan menikmati pertunjukan seni mempertahankan diri orang Cina, Wushu dan melihat pemandangan perbukitan di sana dengan menaiki kereta kabel Ngong Ping.
3. Patung Buddha Gergasi
Foto: www.cntraveller.com
Tak lengkap perjalanan anda di Ngong Ping, Pulau Lantau di Hong Kong jika tak melihat objek tarikan pelancong, patung Buddha berukuran gergasi. Daki 268 anak tangga untuk melihat patung ini lebih dekat dan nikmati pemandangan gunung-ganang serta laut yang terbentang luas.
4. Kapal Feri
Anda juga boleh saksikan panorama indah kota Hong Kong dengan menggunakan kapal feri dari pelabuhan.
Dengan HKD980 (RM560), anda akan dibawa menyusuri teluk untuk menikmati keindahan lampu kota di Hong Kong selamat 10 minit.
Apa lagi? Jangan lupa masukkan empat lokasi menarik ini dalam senarai destinasi percutian anda tau! - CARI |