Foto: english.kyodonews.jp
Musim bunga biasanya tiba pada hujung bulan Mac atau awal April, tapi bukan di tempat istimewa yang dipanggil Kawazu ini kerana ia datang lebih awal.
Bandar kecil di Timur Jepun yang terletak berdekatan dengan Tokyo ini menjadi tumpuan pelancong yang datang dari seluruh dunia untuk menikmati keindahan 'suasana merah jambu' di sini.
Lebih menarik kerana terdapat lebih lapan ribu pokok Bunga Sakura yang berkembang mekar setiap tahun.
Foto: IG Tsumizo
Foto: IG Mika
Memang tempat percutian yang sempurna bagi pasangan yang sedang berbulan madu kerana berjalan-jalan di bawah pokok ini akan menimbulkan suasana yang begitu romantik sekali.
Terdapat sebuah kereta api lokomotif yang disediakan di sini dan para pengunjung akan dibawa mengelilingi kawasan yang dipenuhi aroma wangian dari Bunga Sakura.
Foto: www.sankei.com
Foto: IG Mika
Buat pengetahuan, Kawazu terletak di Semenanjung Izu dan bagi pelancong yang mahu datang ke sini mereka boleh menaiki kereta api dari stesen Tokyo dan perjalanan hanya mengambil masa selama dua jam.
Bertambah mengujakan apabila mendengar kicaun burung bermata putih Jepun yang dapat dilihat berterbangan bebas di kawasan sekeliling.
Foto: IG Toshizou
Foto: IG Phos1comnet
Dalam budaya Jepun, Bunga Sakura melambangkan keindahan kehidupan yang sementara, dan penerimaan terhadap karma serta kematian.
Suasana pada malam hari lagi menarik, tak percaya tengok sahaja foto ini.
Foto: IG Irodori
Siapa sudah jatuh cinta dengan Kawazu? -CARI |