|
View: 8071|Reply: 3
|
[Tempatan]
Jangan Makan Limau Banyak Sangat, Nanti Batuk Sakit Tekak!" Mitos Atau Fakta?
[Copy link]
|
|
|
"Jangan Makan Limau Banyak Sangat, Nanti Batuk Sakit Tekak!" Mitos Atau Fakta?
Malam Tahun Baru Cina ni mesti meriah bersembang sambil tangan tak berhenti kopek limau Mandarin kan? Tiba-tiba mak tegur dari jauh suruh berhenti sebab takut esok pagi bangun terus sakit tekak.
Betul ke isi limau Mandarin tu penyebab batuk?
Mari kita rungkai dari sudut sains perubatan. Hakikatnya, isi limau yang kaya dengan Vitamin C itu SANGAT BAIK untuk imuniti badan dan TIDAK menyebabkan batuk! Tapi kenapa lepas makan berkotak-kotak, tekak kita tetap rasa gatal, perit, dan mula terbatuk-batuk?
Puncanya BUKAN pada isi, tetapi pada KULIT buah tersebut!
1. LAPISAN LILIN (WAX) & SULFUR DIOKSIDA
Untuk memastikan buah limau nampak cantik, oren berkilat, dan tak cepat rosak atau berkulat semasa perjalanan jauh di dalam kapal kargo, pihak pengeluar akan merendam atau menyembur kulit limau dengan bahan pengawet iaitu Sulfur Dioksida (Sulphur Dioxide) dan dilapisi dengan lilin.
2. BAGAIMANA TEKAK BOLEH GATAL?
Di sinilah kesilapan kita berlaku. Kita terus kopek kulit limau yang tidak dibasuh. Bahan kimia, lilin, dan minyak semulajadi dari kulit limau itu akan melekat pada jari dan bawah kuku kita.
Kemudian, kita gunakan jari yang sama untuk mencubit isi limau dan menyuapkannya ke dalam mulut! Bahan kimia (Sulphur Dioxide) inilah yang masuk ke tekak, menyebabkan kerengsaan melampau (throat irritation), dan mencetuskan tindak balas gatal serta batuk kering.
S.O.P MAKAN LIMAU MANDARIN DENGAN SELAMAT:
Jangan terus kopek buah yang baru dikeluarkan dari kotak!
- Rendam limau di dalam air bercampur sedikit garam, atau air suam selama 10 minit.
- Bilas dan gosok kulit limau di bawah air paip yang mengalir.
- Basuh tangan anda dengan sabun selepas mengupas kulit, sebelum menyuap isi limau ke dalam mulut.
Tugasan malam ini: Sila 'Share' dan forward post ini ke dalam group WhatsApp keluarga anda sekarang supaya lusa takde yang tumbang sakit tekak! Selamat menyambut Tahun Baru Cina! |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Makan jela limau tu
Asal kan tak melowong |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jiran bagi sekotak yang isinya 48 biji limau...
Saya seorang makan 4 hari habis semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|