Bagi penggemar makanan masam, pasti meleleh air liur setiap kali melihat jeruk yang berlambak dijual di pasaran.
Biasa kita dapati banyak pauh atau pelam telur yang dibuat jeruk, apa kata kali ini cuba resepi yang berlainan tapi tetap umpphh.
Resipi yang dikongsi oleh Norraihan Ismail ini menjadi tular di media sosial kerana keunikan dan keistimewaan rasanya yang luar biasa.
Memang mudah, ikuti sahaja langkah di bawah:
1. Sediakan buah pelam pauh/telur
2. Potong nipis-nipis dan rendam dalam air sejuk
3. Sediakan bahan untuk digaul
-gula perang
-belacan
-sos ikan
-bawang merah
-kacang tanah ( di sangai )
-cili
-cili kering bland bagi jadi serbuk
-madu
-udang kering
4. Campur belacan, gula perang dan cili kering dan gaul
5. Potong bawang merah dan cili
6. Masukkan kesemua bahan kecuali udang kering. Campurkan madu dengan sos ikan dan tuangkan dalam bahan2 yang di campurkan tadi.
7. Seimbangkan rasa
8. Siap dan boleh dihidangkan.
Tengok gambar pun dah kecur air liur kan? Jom cuba! -CARI |