|
Tak ada wanita yang tak mahu cantik di dunia ini. Apabila melihat cermin, ternampak pula bintik-bintik hitam (blackhead) pada wajah.
Foto: YesStyle
Percaya atau tidak, anda boleh menghilangkan bintik hitam dengan menggunakan berus gigi. Nak tahu sejauh mana keberkesanannya? Cubalah sendiri!
Foto: Livestrong.com
Bahan-bahannya:
1 sudu teh ubat gigi
1 sudu teh serbuk penaik
Air suam secukupnya
Kain tuala
Langkah-langkahnya:
1. Cuci wajah sehingga bersih.
2. Celupkan tuala ke dalam air suam dan usapkan pada kawasan berbintik bagi membuka pori dan mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.
3. Campur ubat gigi, serbuk penaik dan air di dalam bekas. Kacau rata.
4. Oles campuran ubat gigi pada bahagian yang berbintik dan gosok dengan berus gigi selama beberapa minit.
Foto: Carian Internet
5. Setelah digosok, biarkan 1-2 minit sebelum dicuci menggunakan air suam.
Keberkesanan cara ini bergantung kepada keadaan wajah seseorang. Mungkin berkesan pada anda, mungkin tidak. Tetapi tak rugi mencuba, bukan? - CARI |
|