CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3273|Reply: 23

Kolam Renang Hotel Terlebih Karbon Monoksida, Seorang Kanak2 Maut

[Copy link]
Post time 4-4-2017 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Enam kanak-kanak berumur antara 10 hingga 14 tahun didapati tidak sedarkan diri selepas berenang di sebuah hotel yang bertempat di Michigan, Amerika Syarikat, Sabtu lalu.


Difahamkan, kejadian itu berpunca dari kepekatan kandungan karbon monoksida di kolam renang hotel berkenaan adalah 16 kali ganda lebih tinggi daripada kadar kepekatan yang selamat digunakan.


Seorang kanak-kanak berumur 13 tahun yang dikenali Bryan Douglas maut di lokasi kejadian.


Menurut laporan CNN, selain enam kanak-kanak masih dalam keadaan tidak sedarkan diri, kakitangan hotel turut menemui seorang lelaki jatuh pengsan di dalam biliknya selepas meninggalkan kolam renang tersebut.


Setibanya di hotel, pasukan penyelamat segera mengosongkan kawasan kolam renang bagi memudahkan pegawai forensik menjalankan siasatan.


Difahamkan, seramai 14 orang telah dihantar ke hospital untuk rawatan, termasuk tiga orang pegawai polis dan dua orang kakitangan hotel.


Menurut anggota bomba, kadar kepekatan karbon monoksida di kolam renang itu telah mencecah 800ppm. Kadar yang diperlukan dan selamat digunakan adalah 50ppm, ini bermakna kadar kepekatan jauh melebihi kadar sepatutnya.


Karbon monoksida adalah sejenis gas yang tiada warna dan tiada bau. Apabila kadar kepekatannya terlalu tinggi, ia akan menggantikan oksigen di dalam sel darah merah, dan akhirnya bukan sahaja menyebabkan struktur sel rosak malah boleh mendatangkan maut.- CARI

sumber foto: CNN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Rest in peace...macam mana nak tau kolam tu selamat ke tak?

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 11:43 AM | Show all posts
fishcracker replied at 4-4-2017 11:40 AM
Rest in peace...macam mana nak tau kolam tu selamat ke tak?

kalau ada yang pengsan tu tandanya xselamat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 11:45 AM | Show all posts
siannnya...
x pasal2 jerk
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:21 PM | Show all posts
aduhai.. tak pasal-pasal je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-4-2017 11:43 AM
kalau ada yang pengsan tu tandanya xselamat..

kalo terus mati tandanya sangat tidak slamat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2017 12:27 PM | Show all posts
Jenuh le pihak pengurusan hotel nak menjawab belum lagi bab nak kena hadap saman nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah.
motif CO nk bunuh kuman.ujung2 terbunuh org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 12:41 PM | Show all posts
kasihan kepada mangsa...

teruklan pool maintenance kena menjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:53 PM | Show all posts
nasib malang tak berbau...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berani nak masuk swimming pool dlm mesia ni .. kotor yg amat.. segala kencing berak ada dalam..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah pada mendiang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:59 PM | Show all posts
Jorja replied at 4-4-2017 12:55 PM
Tak berani nak masuk swimming pool dlm mesia ni .. kotor yg amat.. segala kencing berak ada dalam..

serius ke ada
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 02:39 PM | Show all posts
apakah tujuan karbon monoksida ditinggikan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya org masukan klorin cmne CO plk blh masuk? Dh mcm sumbat ekzos lori dlm kolam tu plk
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkk..boleh ye jd camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 03:17 PM | Show all posts
kesianye....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila lah. Kesiannya nak mandi manda sekali ajal dtg
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 04:05 PM | Show all posts
Sila saman!!! Banyak dapat ni kalau saman. Ajarkan sikit pihak pengurusan biar alert isu-isu yang boleh memudaratkan nyawa macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 04:08 PM | Show all posts
abangbeca replied at 4-4-2017 12:25 PM
kalo terus mati tandanya sangat tidak slamat...

mksudnya kena cuba dan mati dulu la bru tau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.095898 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list