Foto: IG Hafiz Hamidun
Tahniah diucapkan kepada Hafiz Hamidun,33 kerana baru-baru ini dipilih sebagai salah seorang ikon Muslim berpengaruh di dunia.
Pengiktirafan yang diterima dari sebuah majalah terbitan Pusat Kajian Strategik Royal Islam di Amman, Jordan itu bagaimanapun menyebabkan beberapa pihak telah mengecam dan mempertikaikan dirinya.
"Agak sedih apabila saya dihentam sesetengah pihak yang pertikaikan mengapa nama saya tersenarai sebagai ikon Muslim. Sedangkan saya tiada kaitan dalam proses pemilihan berkenaan dan bukannya saya calonkan nama sendiri," katanya kepda mStar Online.
Luahan perasaannya di Twitter.
Foto: Twitter Hafiz Hamidun
Namun, semua cabaran ini langsung tidak menjejaskan mood atau persiapan Hafiz menjelang hari pernikahannya Mei depan.
Pelantun lagu Tawbatan Nasuha ini juga mengakui kadang-kadang tunangnya, Joy Revfa merajuk dan berlaku salah faham antara mereka.
"Bukanlah isu yang besar antara kami. Tak sempat nak bergaduh besar pun sebab masing-masing sibuk," katanya.
Foto: IG Joy Revfa
Hafiz juga bersyukur bakal isterinya Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin sangat memahami kesibukannya sebagai sorang selebriti.
Pasangan ini akan diijabkabulkan pada 1 Mei ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. -CARI
Foto: IG Hafiz Hamidun
|