View: 7027|Reply: 30
|
12 Lapangan Terbang Paling Gah Di Dunia, Ngeri Dengan Nombor 12!
[Copy link]
|
|
Jika merantau ke luar negara, tanggapan pertama kita terhadap sesuatu negara itu bermula dengan seni bina rekaan, prasarana serta kecanggihan teknologi pelabuhan udaranya.
Bukan itu sahaja, reka bentuknya yang menjadi ciri unik tersendiri setiap negara juga mampu membuat pengunjung menjadi lebih tertarik untuk melancong di negara berkenaan.
Ini adalah 12 lapangan terbang di seluruh dunia yang sering membuat kebanyakan pelancong terpukau.
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat (Turkmenistan)
Bukan sahaja menjadi mercu tanda negara itu, bahkan ia masuk rekod Guinness World Records bagi seni bina dalamannya yang mengagumkan.
2. Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi (UAE)
3. Lapangan Terbang Antarabangsa Lyon—Saint-Exupéry (Lyon, Perancis)
Lapangan terbang ini dinamakan sempena Antoine de Saint-Exupéry, penulis Perancis terkenal di dunia dan berasal dari bandar ini. Dia juga merupakan seorang juruterbang profesional.
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an (China)
5. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (Korea Selatan)
Lapangan terbang ini antara yang terbesar di dunia dan menurut Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), setiap tahun ia dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik di seluruh dunia sejak 2005.
6. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (Jepun)
7. Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles (AS)
Dinamakan sempena John Foster Dulles, Setiausaha Negara ketika pimpinan Dwight D. Eisenhower, lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang tersibuk di Washington.
8. Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (AS)
Dianggap sebagai destinasi dan titik berlepas paling popular di dunia.
9. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (UAE)
Selain terdapat pokok palma yang menyambut para penumpang, lapangan terbang ini menyediakan 10 kabin untuk tidur di Terminal 1 di mana setiap satunya mempunyai katil, akses internat berkelajuan tinggi dan televisyen berskrin besar.
10. Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco (AS)
Hebat! Dalam lapangan terbang ini terdapat beberapa muzium dan perpustakaan di beberapa terminal.
11. Lapangan Terbang Antarabangsa Samui (Thailand)
Walaupun kelihatan agak kurang canggih dari yang lain, ia merupakan lapangan terbang keenam tersibuk di dunia!
12. Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana (t Martin)
Foto: Bright Side
Ramai pengunjung memenuhi Pantai Maho di St Martin untuk menyaksikan pesawatnya membuat pendaratan rendah.
Wah! Semuanya nampak canggih dengan masing-masing mempunyai seni bina rekaan yang unik. Lapangan terbang manakah ingin anda kunjungi? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ashgabat Airport punya interior sangatlah cantik! |
|
|
|
|
|
|
|
Jika memandang ke tanah air sendu je KLIA pencahayaan pun kurang kalau kena naik penerbangan awal pagi suram je suasananya |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke nombo 11 tu keenam tersibuk di dunia?? Mcm pitenah je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke nombo 11 tu keenam tersibuk di dunia?? Mcm pitenah je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang samui tu, menginap kat situ terus pun okay dah. Petang2 bentang tikar bukak payung dok tepi kolam. |
|
|
|
|
|
|
|
no 12 tu tak tersedut masuk engine ke nanti? naya jer...kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
lawa weh semua..
impian jelajah semua epot masuk bucketlist |
|
|
|
|
|
|
|
Macam hoax ja.... pernah pusing2 kat epot Samui ni sebiji katebang pun x nampak...
kalau BKK lojik la jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
giler lawa yg turkeministan tu..mcm dlm lombong emas |
|
|
|
|
|
|
|
semua airport yang dalam list ni belum keenah jejaki lagi..sedihhh |
|
|
|
|
|
|
|
tak nampak lapangannya, hanya ruangan menunggu je...
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke? tapi mmg lapangan terbang kan?
agaknya ni kapal terbang yg kecik2 ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ntahnya...lps tu mesti pekak tinga kan...dekat sgt ni....
kapal terbang tu nak berlepas ke nak mendarat....aku terkonfius kejap
|
|
|
|
|
|
|
|
no. 6, Jepun
kat tepi laut tu....ngeri gak tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|