Kemalangan kereta di jalan raya memang tak dapat dielakkan. Bagaimanapun, kemalangan membabitkan kereta peronda polis baru-baru ini, menjadi tular di laman sosial.
Facebook (FB) Info Roadblock Jpj/polis baru-baru ini memuat naik sebuah video berserta gambar kejadian di mana sebuah kereta Mercedes sedan merempuh bahagian belakang kereta peronda polis menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Wow, bukan sembarangan kereta, sebaliknya kereta polis tau!
Memetik Harian Metro, akibat rempuhan berkenaan, dua anggota polis cedera di kaki dan kejadian masih dalam siasatan.
Apa yang menariknya mengenai insiden ini adalah perbalahan di antara netizen berhubung siapa sebenarnya yang bersalah.
Ada pihak menyalahkan kereta peronda berkenaan yang dipercayai lampu breknya tidak menyala menyebabkan pemandu Mercedes keliru sehingga terjadinya rempuhan terbabit.
"Berulang kali aku tengok, lampu brek waja polis tu tak menyala ke? Bagi pandangan mata aku memang lampu brek tak menyala. Cuba korang tengok pulak," tulis netizen.
Bagaimanapun, rata-rata netizen mempertikaikan dakwaan terbabit selain mengatakan kualiti kamera yang rendah menyebabkan semua lampu brek kereta tidak kelihatan menyala.
"Jangan tengok kereta peronda tu je, tengok kereta lain pun tak nmpak menyala.
"Takkan tak nampak kereta semua dah berhenti. Mercedes tu main henset... Dah tahu persimpangan macam tu jangan memandu laju," balas netizen.
Biasalah di Malaysia, orang yang terbabit selalunya 'rilek' saja, sebaliknya orang lain pula yang lebih sudu dari kuah. Walau apapun, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan beri penumpuan sepenuhnya ketika sedang memandu. - CARI |