Disebabkan mengacah makanan kepada seekor beruang dengan niat 'bermain-main', tindakan seorang lelaki berusia 36 tahun mengundang padah.
Dilaporkan haiwan berkenaan bertukar menjadi beremosi dan bertindak menarik kaki lelaki tersebut sehingga terjatuh ke dalam kandang.
sumber : The Mirror
Kejadian yang tidak diingini itu berlaku di sebuah kuil yang terletak di Wilayah Phetchabun, Thailand, semalam ketika mangsa mengadakan lawatan bersama empat rakannya.
Memetik laporan The Mirror, mangsa yang terjatuh pengsan itu dibaham beruang berkenaan dan kemudian diheret masuk ke dalam sangkar haiwan tersebut.
Ketika detik cemas itu, rakan-rakannya menjolok beruang itu dengan kayu serta mencurah air namun gagal menghalau haiwan berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar mangsa.
Manakala satu kumpulan lagi berjaya memisahkan beruang berkenaan daripada mangsa dan membolehkan dia diseret keluar.
Kemudian mangsa dikejarkan ke hospital oleh pasukan perubatan dan kini keadaannya dilaporkan stabil.
Menurut ketua sami Kuil Luang Phor Lamai, sehari sebelum kejadian haiwan di kuil berkenaan berada dalam kelaparan kerana tidak diberi makanan secukupnya akibat kekurangan dana.
Difahamkan, kuil itu mempunyai kira-kira 24 ekor babi hutan di padang berhampiran serta seekor beruang dalam kandang dan membenarkan orang ramai memberi haiwan itu makan.- CARI
knp tak ambik je babi utan tu bg beruang makan.... ke beruang tak makan babi?
kena tanya acong ni..... ke beruang makan madu jah..... madu kelulut mau?