Kecil-kecil lagi dah kurang ajar! Mungkin ini benda pertama yang terlintas di fikiran seseorang bila melihat video yang tular ini!
Dalam rakaman berdurasi 2 minit 6 saat yang dimuat naik di Facebook Kaki Viral tersebut, seorang wanita dilihat sedang memangku budak lelaki yang leka bermain telefon bimbit.
Namun yang menjadi perhatian adalah seorang lagi budak perempuan di sebelahnya yang kelihatan hiperaktif dan menarik-narik rambut wanita tersebut dengan kasar.
Bukan itu sahaja, dia juga turut memukul dan mencakar kepala wanita terbabit berkali-kali seolah-olah tiada rasa perasaan bersalah langsung.
Apa yang peliknya wanita terbabit langsung tidak melawan dan hanya membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian.
Menurut komen-komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen, ada yang mengatakan wanita terbabit merupakan orang gaji dan budak-budak tersebut adalah anak majikannya.
Rata-ratanya meluahkan rasa marah mereka dan menyalahkan ibu bapa yang tidak menegur kelakuan buruk anak-anak mereka.
Tapi ada juga yang berpendapat mungkin anak ini adalah seorang penghidap autisme.
Apa pun, diharap ibu bapa di luar sana mengambil lebih perhatian terhadap tingkah laku anak masing-masing. Apa pendapat anda? -CARI |