Anak lelaki kepada seorang pemain gitar terkenal negara telah ditahan polis di Jalan Tun Razak.
Menurut laporan Berita Harian, suspek berusia 33 tahun yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dalam sebuah syarikat pelaburan itu dipercayai terlibat mengendalikan aktiviti pelaburan haram.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk A. Thaiveegan berkata,
“Polis turut merampas pelbagai dokumen berkaitan pelaburan syarikat itu yang menawarkan pelaburan produk kecantikan dan kesihatan atas nama pemain gitar terkenal berkenaan."
Thaiveegan, Foto: Berita Harian
Tambahnya, syarikat berkenaan menjanjikan keuntungan antara hingga 30 peratus sebulan dengan nilai pelaburan terendah sebanyak RM3000.
89 laporan polis dibuat terhadap syarikat terbabit dengan nilai kerugian mencecah RM1 juta. -CARI |