View: 5329|Reply: 38
|
Leka Main Telefon Bimbit, Mak Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran
[Copy link]
|
|
Sedar atau tidak, aktiviti harian kita sebenarnya lebih banyak dihabiskan dengan media sosial. Kemana sahaja kita berada, peranti mudah alih pasti menjadi teman setia.
Menurut CEO Facebook, Mark Zuckerbeg, pengguna di seluruh dunia menghabiskan waktu rata-rata lebih dari 50 minit sehari menggunakan Facebook, Instagram dan Messenger. Ini belum termasuk WhatsApp.
Baru-baru ini tular sebuah video menerusi media sosial popular Weibo mengenai tindakan seorang wanita yang membiarkan anaknya membuang air kecil di dalam mangkuk restoran hanya kerana leka dengan telefon bimbitnya.
Memetik Mynewshub, wanita tersebut tidak menghiraukan permintaan anaknya yang masih kecil untuk ke tandas sebaliknya mengambil langkah mudah dengan menyuruh anaknya kencing di dalam mangkuk sup kosong yang terdapat di atas meja tersebut.
Akibat tindakannya itu, wanita itu dikecam kerana tidak menjaga kebersihan dan tidak menghormati pelanggan lain.
Tetapi, wanita itu dengan angkuh menyatakan mangkuk yang digunakan anaknya itu memang mangkuk kotor dan akan dibasuh.
“Ia tidak menjadi masalah kerana mangkuk tersebut akan dibasuh juga oleh pekerja restoran itu,” katanya dipetik laporan Daily Mail.
Pengurusan restoran itu terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan wanita itu. Malah, seorang pelayan restoran yang bekerja di sana menyatakan dia tidak pernah lihat insiden seperti ini dalam tempoh 10 tahun.
Disebabkan faktor kebersihan, pengurusan restoran berkenaan mengambil keputusan untuk membuang kesemua pinggan mangkuk yang telah digunakan wanita tersebut.
“Saya tidak faham apa yang difikirkan wanita itu. Kami menyediakan tandas di setiap tingkat untuk kegunaan pelanggan,” ujarnya.
Kejadian pelik dan menjijikkan ini dilaporkan berlaku di Beijing, China.
Persoalannya, adakah anda juga tergolong dalam salah seorang ibu bapa yang gemar menghabiskan masa dengan peranti mudah alih hingga sanggup membiarkan anak-anak bermain seorang diri? Jika ya, berubahlah sebelum terlambat kerana banyak kesan negatif yang akan dihadapi di kemudian hari. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
wah alasan dia mmg mcm org skrg... |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar pemalas punya orang lain kali jangan ajak anak makan kat kedai kalau macam tu punya perangai. |
|
|
|
|
|
|
|
well...no suprise..PRC..emang dasar |
|
|
|
|
|
|
|
Kencing je pun. Bukan berak dlm mangkok{:run{:run{:run{:run. Bodo ping ciner bukit |
|
|
|
|
|
|
|
"...adakah anda juga tergolong dalam salah seorang ibu bapa yang gemar menghabiskan masa dengan peranti mudah alih hingga sanggup membiarkan anak-anak bermain seorang diri? Jika ya, berubahlah sebelum terlambat..." {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Side sana kan mmg pengotor..byk dh pic org share mende2 pelik diorg buat kt negara lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
org china yg tak ada etika. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata bg makcik tuh bwk balik mgkok tuh....tgk dia nk gune ke lg ltk mknn dia...HKTUIH |
|
|
|
|
|
|
|
mohon anak itu kencing dlm mulut mak nya. patut xde masalah kan karna bole basuh mulut guna listerene or gosok gigi |
|
|
|
|
|
|
|
Len kali suruh ank tu kencing kt muka dia. Alasan "muka sheols dh mmg kotor dan akan dibasuh juga" |
|
|
|
|
|
|
|
Kecik-kecik dah diajar macam ni. Dah besar esok memang akan berak kencing merata la jawabnya. |
|
|
|
|
|
|
|
China dan etika kepelikkan berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa pemalas and pengotor sgt? makin teruk mentaliti org ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|