View: 7466|Reply: 52
|
Walimatul Urus & Family
[Copy link]
|
|
Salam semua,
Harap ada yang sudi membantu dalam masalah saya hadapi ini. Moga dengan cara ini saya dapat melihat apa yang saya tidak jelas, buntu selama ini dari sudut pandangan & teguran forumer sekalian InshaAllah.
Perancangan saya adalah untuk menamatkan zaman bujang saya pada hujung tahun depan / awal tahun 2019, tapi saya mempunyai masalah perselisihan faham mengenai kenduri kawin bagi pihak saya. Jika berbincang mengenai urusan perkahwinan pasti ibu & saya akan berselisih faham & ibu merajuk dengan saya. Hubungan kami sangat baik cuma kalau bincang tentang perkahwinan ibu & saya tidak sependapat langsung.
Perkenalan Diri
- Anak sulung dalam keluarga
- Perempuan
- Umur pertengahan 20an
- Bekerja di Kuala Lumpur & menetap di Shah Alam (ulang-alik menaiki motor)
Ibu & Ayah
- Self employed
- Menetap di Kedah
Perkahwinan Idaman Saya
- TIADA Pelamin, Photoshoot, DJ, perabot bilik pengantin
- Make Up Sendiri (simple2 ja no heavy makeup)
- Baju kurung/jubah simple2 yang boleh pakai berkali-kali untuk majlis apa-apa
- NO LOAN
- Simple & Minimalist
- Cater & doorgift mengikut kemampuan saya & pasangan. Jemputan rakan-rakan, orang kampung berdekatan & keluarga terdekat sahaja kerana saya tidak mempunyai ramai rakan. Less than 20.
Majlis - Plan 1
- Plan saya nak buat dekat dewan sebab guna catering
- Tetamu senang parking
- Tak perlu sewa & pasang khemah, kipas. Hanya susun kerusi & meja. Kipas pun sudah ada
- Kawasan yang luas dan selesa ( lantai rata ), berbumbung dapat berlindung dari panas & hujan
- Tak perlu berpenat lelah buat di rumah sendiri kerana nanti sampai ke pagi esok tidak siap mengemas.
- Majlis selesai keluarga tidak penat balik rumah tidak perlu bersusah payah sangat walaupon selepas majlis akan ada tetamu yang datang tapi tidak seteruk majlis selepas buat di rumah dengan orang keluar masuk rumah & risau jika ada barang2 hilang.
Majlis - Plan 2
- Buat di masjid selesai akad
- buat majlis di masjid/tapau siap2 orang datang ambil makanan sahaja
Majlis saya di atas adalah kerana saya tahu kemampuan saya & bakal pasangan saya. Saya mahukan majlis yang sederhana & simple sahaja.
Perkara Di Atas Dibantah Keras2 Oleh Ibu
- Malu dengan orang kampung cakap-cakap belakang
- Malu digelar "kahwin koboi"
- Typikal Malay wedding
- Jemputan 2,3 buah kampung di Kedah + kampung ayah, family di Perlis
- Cakap saya kedekut berkira nak berbelanja kahwin sekali seumur hidup & berkira nak jamu tetamu makan
- Tidak mahu sponser 1 Sen kerana itu perkahwinan saya jadi saya & pasangan yang perlu keluarkan duit tetapi jemputan ibu saya yang paling banyak & diluar kemampuan saya kalau hendak mengikut list jemputan dia.
- Minta hantaran yang agak tinggi daripada 15k- 20K & isu ini masih lagi tergantung dan marah kerana saya tidak bersetuju dengan ibu. Malu jika hantaran saya rendah & cakap saya tiada nilai.
- Sudah dijelaskan majlis walimatul urus belah pihak perempuan, keluarga perempuan yang uruskan
- Suruh saya beli set bilik tidur, buat pelamin & compare zaman dia & cara dia kahwin dan nak saya ikut cara dia kahwin zaman dulu. Saya tidak mahu beli set bilik tidur kerana nanti selepas kahwin saya akan pulang ke Selangor & adalah lebih baik saya beli perabot kerana menetap di sana. Ibu mengatakan nanti set bilik tidur itu bawalah ke rumah di Selangor selesai majlis. Lagipun di Selangor saya sudah ada katil, almari dll. Jadi untuk apa membazir beli & sewa lori mengangkut ke sana sini?
- Compare majlis pertunangan & perkahwinan sepupu & rakan anak ibu yang GAH dan kalau boleh nak saya pun macam perkahwinan mereka
- Prinsip dia, masa awal nak nikah ni kena susahkan lelaki & minta mahal2 kerana nak tengok lelaki sanggup atau tidak & ini saja masa untuk merasa duit suami.
- Ayah bab ini sangat cool, tidak meminta2 & mengikut kemampuan saya & pasangan.
Saya buntu bagaimana cara supaya ibu saya faham & berlembut hati. Saya tidak mahu ibu berkecil hati dengan majlis saya & merasa tidak direstui. Saya buntu memikirkan cara paling baik untuk masih menjaga hati ibu & majlis berjalan lancar. Saya masih boleh mengikut apa yang ibu nak seperti, baju kahwin, pelamin etc yang mana saya rasa masih boleh tetapi saya tidak suka dia terlalu over & hendak control semua.
Terima kasih sudi membaca
|
|
|
|
|
|
|
|
buat ikut kemampuan je dik, kadang2 kita kena terpaksa berkeras sikit demi utk kebaikan kita, kalau nk buat gah2 pun kita juga yg keluar belanjanya...tak perlula nk buat loan semata2 utk majlis kawin...
unless kalau ada org sponser..... kalau mak nk buat besar2an gak mak sponser la katakan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah cakap direct, berkeras end up bergaduh merajuk dengan saya, bagi kiasan harap2 dia faham lah .. haih..
dah hampir setahun isu ni tak selesai lagi, dia masih lagi berkeras dengan cara dia & saya terpaksa postpone tarikh 2,3x sebab dia tak nak mengalah keras kepala.
|
|
|
|
|
|
|
|
berdoa minta lembut hati emak u .. insyaaalah |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tt, org kedah memang gitu eh?
nk kawin pun susah |
|
|
|
|
|
|
|
cakap kat mak kalau macam tu awak kawin lari je |
|
|
|
|
|
|
|
sentiasa berdoa.. moga lembut cepat2 sikit haha..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab hantaran ni mcm my bil kena. Masa bincang agree rm10k. Tetiba masa telefon ckp itu bukan finalized figure. Nak rm15k. Kesian my bil. Disebabkan dia anak buah selebriti letak harga gitu. Pastu masa tunang kata nak downpaynment before kawin. Anyway masa tunang keluarga kami pakai proper baju kurung baju melayu bersampin. Depa pakai tshirt je. I pun tengok cam hmmm aja. Masa tunang siap warning ckp bunyi kasar jangan ingat tunang tu greenlight mengangkut anak orang kulu kilir. Mcm keluarga belah kami ni takde pelajaran dan akal tak reti didik pulak. Very condescending cara bercakap.
Apa pun cuba u meet in the middle. Kalau tak dapat fulfill cuba yg tengah tengah. Kalau u berkeras cara u mak u berkeras cara dia sampai bila pun tak habis. At least ada yg u bersetuju mungkin lembut hati mak u. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah, atas diri masing2 lah kot.
Ibu saya duduk kampung yang memang betul2 kampung mak cik bawang kepoci jadi dia punya pemikiran majlis kawin wajib style macam tu.
Susah kan, benda mudah senang jadi susah..
|
|
|
|
|
|
|
|
haip haip iols orang kedah tapi tak macam tu pon eh hahah..sebab i jenis berkeras hati..i nak buat cara i, dan dari A to Z i handle sendiri...so dorang pun cam blur2 eh kitorang takyah tolong ke blablaa...takyah aku buat sendiri semua sebab idea sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
|
ikut pengalaman i yang tak seberapa ni, kita takleh nak control semua and ikut kemahuan kita..jalan terbaik is devide la part mana yg u nak totally your control, and part mana nak family handle...kalau family handle tu tutup mata je la tak setuju punn..at least bagi dorang tugas/tanggunjawab dorang buat tu je la so dorang takda la kacau bab2 lain .salah satu cara nak handle pening kepala.
boleh gihteww? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah sound awal2 pasal ni , tak pasal2 kena sumpah nanti.
Rumah dekat dengan sempadan siam nanti baru julur kaki selangkah jadi batu kang..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah cuba guna org tengah tak? cari org pandai sikit bab2 agama...atau org yg mak tt paling hormati....minta dia slowtalk dgn mak tt...manala tau |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi bukan main lagi demand yea..Itulah orang kita, ikut adat benda senang disusahkan. Rasa kesian dkt bil u. Even 10K seksa nak simpan tiba2 nak up lagi. Betapa susahnya nak earn money lelaki baik perempuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.. kalau dah semua duit awak, buat je la ikut kemampuan awak..
buat je kat dewan tu ha..
ignore je kena beli katil bagai semua tu..
kejadahnya nak kawin kena beli perabot baru..
merajuk mak awak tu pun berapa lama je..
tak pun ugut sikit....
kalau susah sangat awak nak minta putus je..
tak mo kawin sampai ke tua..
takut la dia nanti..
or suruh adik beradik awak kawin dulu..
biasa anak yang pertama kawin ni mak mak punya excited lain sikit..
bila dia dah rasa penat cam mana buat kenduri kawin tu, anak-anak yang lain takde dah dia nak paksa ke apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah cuba cara di bawah ni
- dah share video ceramah dr ustaz-ustaz yang dia, isu tentang majlis perkahwinan
- dah minta adik-adik & ayah pujuk
- dah share hadis, mutiara kata tentang majlis kahwin
- dah share kisah2 perkahwinan yang grand (akibat) & perkahwinan yang simple
- cerita dekat dia kisah perkahwinan kawan kepada kawan saya ni, perempuan kos kahwin 1k ++. buat akad dan kenduri kesyukuran sahaja
Macam tak jalan ja . dia memang keras kepala & ego
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah bestnye u, majlis u boleh u control sendiri.
Share la sikit apa yang u control apa yang bagi family buat mana tahu boleh i apply juga kan. ibu i kalau boleh semua nak buat siap dah set warna pelamin nak hijau kuning tau! aduhh.. tau la kan orang kedah
|
|
|
|
|
|
|
|
cubic_biru replied at 23-10-2017 11:07 AM
Amboi bukan main lagi demand yea..Itulah orang kita, ikut adat benda senang disusahkan. Rasa kesia ...
Tulah. Setepek mak mentua i bagitahu kat i. Kerja pun tak. Praktikal je. Kalau doktor or engineer oklah nak bagi banyak. I diam je. Tu pun kenduri belah laki mil i keluar duit.
Dia pancing my bil kata lepas kawin nak bagi rumah tapi kena sambunv bayar. Mmg dengar bestnya. Tapi legally sambung bayar ni tolong bayar je. Hak secara legal masih nama pemilik. Kalau org tak tahu, dia akan ingat wahhh dapat rumah. Touch wood if anything happen duit sambung bayar hangus.
Malas i nak explain sebab my bil ni keras kepala mabuk bercinta. Itu hari my mil fil ada tegur pun dia mengamuk.
Parents perempuan desak kawin padahal belum stable lagi my bil. Katil kawin pun my mil kena beli. Hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bLuEsKy at 23-10-2017 11:52 AM
Assalamualaikum tt cubic_biru,
Tahniah kerana mengindamkan majlis yg serba sederhana. untung bakal suami...hihihi...
Dengan keadaan harga barang yg mahal laa ni, seeloknya dik cubic_biru buat majlis sedemikian.
Dalam hal ini, adik kena suruh ayah laa mainkan peranan dia.. ayah kena ckp la dgn mak..
Kalau mak x mau juga..minta tlg lah org lain pujuk..tok ka? tok wan?@ adik-badik hat paling rapat dgn dia..pujuk mak..Insya-Allah, sedikit sebanyak dia akan lembut...
Kalau kita sendiri ckp..mmg kompom mak kita akan majuk...
Jgn lupaa...doa lembut hati mak..Insya-Allah, dia akan lembut.. jgn putus berdoa...siang malam..lps solat..duk saja2 tu...doa sedia..
kalau kata mak duk berkeras juga..minta mak sponsor lah... mana cek ada duit...kikiki...
-----------------
sekian drp akak bluesky yg pernah mengalaminya
|
|
|
|
|
|
|
|
Haah nampak la dia punya excited tu lagi2 anak bestfreind dia pon nak kahwin lebih kurang time saya. Lagi lah nak berlumba! Anak bestfriend dia majlis tunang pun kambing golek siap pelamin baju grand2 buat kenduri macam orang kahwin.
Masa saya cakap nak buat dekat dewan sebab tak sesuai buat dekat rumah ( masa tu rumah kecil sikit ) . Tak lama lepas tu dia perbesar rumah & memang besar. Daripada 3 bilik sekarang ada 5 bilik. Bilik air ada 3. Dapur buat besar siap ada bilik stor lagi, buat ruang tamu baru.
Lately dia rajin tanya bila nak kahwin saya cakap nanti lah, tak bersedia lagi bagi beribu alasan. Dia tak tahu saya plan nak buat hujung tahun depan saya senyap2 je nanti gelabah dia kalau tahu mula la start balik.
Betul juga kena keras banyak sebab yang keluar duit saya cuma macam tak best la dia kang dia dok emo2 di hari majlis. Cuma, ada ja benda yang saya mengalah tapi dia lagi sy mengalah dia macam lagi over nak control. Yalah, kenduri anak sulung kenalah PERFECT!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|