Campuran telur dengan kopi panas? Eww, loya tekak! Macam tak percaya apa yang sanggup minum campuran dua bahan ini semata-mata untuk lebih sihat, lebih cantik atau lebih apa-apalah.
Bagaimanapun, Mirror melaporkan pakar penjagaan badan mengesyorkan campuran telur mentah dengan kopi panas. Malah, di United Kingdom serta Amerika Syarikat, minuman ini sangat dikenali di kalangan pelari dan pemain bola keranjang.
Biar loya tekak asal dapat khasiat, setuju?
Foto: puttingweirdthingsincoffee
Ia juga telah diamalkan di Hungary, Scandinavian dan Vietnam. Namun, berbeza dengan kopi telur di Vietnam iaitu Ca Phe Trung yang sudah terkenal sejak dulu lagi. Ia menggunakan telur mentah, tapi dipukul berasingan dengan susu pekat.
Foto: Cooking in College
Ramai orang minum kopi sebelum memulakan riadah untuk meningkatkan tenaga dan meringankan 'penderitaan' mereka sepanjang sesi senaman. Nampaknya kita makin sibuk dan tiada masa nak mengambil sarapan sempurna, jadi minum saja kopi bertelur.
Dulu heboh mentega dan minyak kelapa campur dengan kopi, sekarang telur?
Yang menjadi persoalan, telur mentah mungkin ada salmonella yang boleh menyebabkan kesihatan terganggu terutama bagi wanita mengandung dan orang-orang tua. Dikatakan, suhu kopi setinggi 93 darjah Celcius mencukupi untuk memasak telur (suhu minima 70 darjah). Hanya jangan campurkan telur mentah ke dalam latte atau minuman lebih sejuk. Oh ya, jangan guna sembarangan telur, sebaliknya gunalah telur yang dipastur.
Kopi telur ala Vietnam
Foto: runawayrice
Telur mengandungi protein, kopi pula elok diminum tapi jangan berlebihan pula ya. Pun begitu, protein perlu diambil selepas sesi senaman, manakala kopi tak digalakkan diambil pada waktu itu.
Jadi, pakar nutrisi berkata kopi mesti diminum sebelum riadah (kafein di dalam kopi wajar dielakkan sama sekali). Selepas 30 minit, anda disarankan untuk makan sarapan yang sempurna yang tinggi karbohidrat (roti, oat, bijirin dll).
Pelbagai idea untuk dapatkan khasiat, kan? Buatlah pilihan bijak, jangan sampai memudaratkan tubuh badan. - CARI |