Industri muzik Kpop sering dipandang sepi oleh rata-rata peminat seni tanah air. Menurut mereka peminat Kpop terlalu obses dan sering mengagung-agungkan artis kpop.
Sepertimana peminat artis barat, rock, tradisional dan tempatan, peminat kpop juga mempunyai cara tersendiri menunjukkan rasa sayang mereka kepada artis pujaan.
Baru-baru ini video artis yang kini melancarkan album solo “Faces of Love” iaitu bekas ahli kumpulan Miss A, Bae Soo Ji atau lebih dikenali sebagai Suzy tular di media Indonesia apabila wajahnya yang manis berselendang mendapat perhatian ramai.
Gadis berusai 23 tahun itu sangat popular dan disayangi di Korea Selatan kerana sikapnya yang mesra melayani peminat dan sering tersenyum.
Kini sikap mesranya itu mencuri perhatian penduduk Indonesia pula sehingga videonya menjadi tular. Suzy dilihat tidak berasa janggal untuk mengenakan selendang yang dihadiahkan oleh peminatnya.
Berdasarkan stigma Islamphobia yang sering diperkatakan oleh dunia barat, Suzy dilihat sudi menerima buah tangan dari peminatnya itu tanpa ragu.
Menerusi akaun Instagram @noona_bigos, perilaku suzy dapat dilihat begitu bersahaja dan sentiasa tersenyum saat memakai selendang.
"Seorang peminat berasal dari Indonesia memberikan sehelai hijab untuk @skuukzky pada saat ‘fansign’ album 'Faces of Love', kelmarin," tulis akaun tersebut.
Dalam muatnaik tersebut terakam Suzy tengah mengadakan acara ‘fansign’.
Salah seorang peserta yang hadir merupakan seorang penggemarnya yang berasal dari Indonesia.
Suzy bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian , dia juga pernah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang lakonan.
Saat menerima giliran menerima tanda tangan dari Suzy, wanita tersebut rupanya memiliki hadiah istimewa untuk sang idola. Dia memberikan hijab cantik dengan warna biru yang lembut kepada Suzy.
Menerima hadiah tersebut, Suzy dilihat berasa senang. Dia lantas meminta agar hijab itu dikenakan di kepalanya. Reaksi Suzy itu mendapat perhatian ramai dari netizen di Indonesia yang bukan peminat Kpop. - CARI