Siapa tidak mengenali pelakon Sharnaaz Ahmad yang lantang bersuara di laman sosial sekiranya timbul sesuatu isu mengusik ketenangan jiwanya.
 Foto: IG Sharnaaz Ahmad/Faiz Roslan
Terbaru, Sharnaaz memberi amaran kepada personaliti media sosial Faiz Roslan yang sebelum ini memuat naik video parodi berbaur lucah.
"Aku akan pastikan aku demah hang 3 sumu maut," tulisnya di Twitter.
 Foto: Twitter
Pun begitu, pelakon berkenaan naik angin apabila namanya 'dipetik' dalam permohonan maaf Faiz di Instagram.
 Foto: IG Faiz Roslan
Walaupun tidak menyebut namanya dengan jelas, semua orang tahu ia ditujukan kepada Sharnaaz kerana hanya dia yang memberi amaran untuk memukulnya di Twitter.
"Sebab mak hang tak pernah pukul lah, hang jadi kurang ajar sampai tahap macam ni," bidasnya.
Isu ini masih hangat diperkatakan netizen terutama apabila Sharnaaz masuk campur, makin meletuplah jadinya!
Ramai juga menyokong tindakan pelakon itu memberi amaran kepada personaliti media berkenaan.
Tolong uruskan Faiz, dah tak tahan dengan dia
"Macam bodoh je buat video bangang tu masa bulan puasa," komen netizen.
Pun begitu, tidak semua sekepala dengan Sharnaaz. Segelintir netizen merasakan pelakon itu bersikap berlebih-lebihan hingga mahu memukul anak orang.
Apa masalah kau?
"Sharnaaz Ahmad ni sumpah takde life.
"Inilah cara orang otak cetek bagi nasihat," kritik netizen.
Terdahulu, video berkenaan mendapat perhatian daripada Da'i Wan yang risau melihat gejala tersebut bakal membentuk budaya tidak bermoral kepada masyarakat.
BACA JUGA: "Jangan Cabar Saya! - Buat Hal Lagi, Da'i Wan Bagi Amaran Pada Faiz Roslan
Ramai lagi rakan artis yang panas hati dengan perlakuan dan sikap Faiz Roslan. Tetapi, kenakah gaya Sharnaaz memberi amaran kepada personaliti media sosial itu? - CARI |