"Tak sabar rasanya nak bina masjid di atas tanah yang saya beli sendiri dengan keluasan tiga ekar setengah."
Selepas kecoh isu jantina Nur Sajat 'dikantoikan' penceramah Ebit Liew, usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi itu memaklumkan dia mahu membina sebuah masjid pula.
Malah, Sajat turut bercadang menyediakan pelbagai kemudahan seperti van jenazah, tempat mandi jenazah serta rumah anak yatim yang mana projek itu dijangka siap tahun depan.
"Saya dah sediakan tempat kubur saya bila saya tiada nanti," tulisnya menerusi Facebook dan turut dikongsikan menerusi laman Instagram.
Perkongsian Sajat mendapat pujian daripada pengikut yang menasihatinya supaya mengabaikan segala tohmahan dilemparkan berhubung niat sucinya itu.
Bagaimanapun, ramai pihak menyifatkan Sajat berpakat dengan Safiey Illias menggunakan agama untuk menutup kemungkaran.
Dalam masa sama, orang ramai menasihati golongan makcik bawang dan pembaris supaya berhenti daripada memberikan komen negatif, sebaliknya menggalakkan orang ramai berdoa supaya Sajat diberi hidayah.
Kredit foto: IG Sajat
Adakah ini satu lagi strategi pemasaran daripada Sajat untuk melariskan perniagaannya? Apa reaksi anda? - CARI |