Artis Hollywood sejak dahulu terkenal dengan fesyen pelik. Tetapi selebriti ini tidak segan malah berani mempamerkan fesyen mereka sehingga menjadi ikutan.
Salah satu fesyen pelik mereka masihkah anda ingat dengan korset tajam oleh Jean Gaultier yang direka untuk Madonna? Dalam dunia fesyen ia disebut sebagai coli peluru. Sebenarnya Jean bukan orang pertama yang mencipta coli ini, ia telah wujud sejak tahun 1950.
Foto: Konbini
Foto: Konbini
Foto: Konbini
Foto: Konbini
Foto: Konbini
Pada masa itu, coli yang tajam adalah trend paling hangat. Teknik jahitan sekeliling yang baru dicipta membuatkan payudara kelihatan seperti "peluru berpandu". Ianya kelihatan amat seksi dan sempurna digayakan dengan baju sejuk ketat pada zaman itu.
Coli itu yang memberikan bentuk badan menggiurkan kepada si pemakai itu telah menjadi ikutan bintang besar 1950-an seperti Patti Page, Elizabeth Taylor, Marilyn Monroe dan Brigitte Bardot. Bagaimanapun, semakin lama trend tersebut semakin tidak mendapat perhatian dan menjadi pupus ketika era 1960-an serentak dengan peningkatan pergerakan tentang diskriminasi terhadap wanita.
Foto: Konbini
Foto: Konbini
Selepas trend uniseks yang semakin popular kini, adakah terdapat kemungkinan coli peluru membuat kemunculan semula? Mungkin ada benarnya, koleksi terbaru Stella McCartney yang dilancarakan baru-baru ini meyakinkan bahawa ianya boleh berlaku! Tunggu dan lihat! - CARI |