Kredit foto: Business Insider
Puteri Diana adalah ikon wanita yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kecantikan dimiliki Puteri Diana sentiasa memukau orang ramai mahupun para peminatnya. Justeru, tidak hairanlah jika gaya dan fesyen Puteri ini sentiasa menjadi ikutan sehingga kini.
Di antara gaya Puteri Diana yang tidak boleh dilupakan adalah potongan rambut pendeknya yang beralun lebat. Jika gadis-gadis lain seusia Diana ketika itu lebih gemar menggayakan rambut panjang, berbeza pula dengan Puteri Diana apabila dia lebih selesa untuk berambut pendek.
Kredit foto: Carian Internet
Untung bagi Diana kerana gaya rambut itu sangat sesuai dengan raut wajahnya dan beliau kelihatan sangat anggun dengan imej sebagai seorang Puteri Diraja Britain serta isteri kepada Putera Charles.
Kredit foto: Carian Internet
Akan tetapi, tahukah anda asal-usul di mana Puteri Diana mendapat idea untuk potongan rambut sedemikian?
Mengikut cerita yang terungkap daripada buku 'Hair by Sam McKnight', seorang pereka gaya khas Puteri Diana, pada awalnya rambut Puteri Diana tidak digunting sebaliknya gaya rambut pendek tersebut hanya menggunakan teknik 'hair grips'.
'Hair grips' digunakan untuk menahan rambut Puteri Diana di bawah Tiara. Hasilnya, rambut Puteri Diana yang aslinya lebih panjang ketika itu kelihatan pendek.
Kredit foto: Carian Internet
Menurut pengakuan McKnight, Puteri Diana amat menyukai gaya rambut itu dan bersetuju untuk mengunting rambutnya menjadi pendek. Sejak itulah potongan rambut Puteri Diana menjadi ikonis yang dikenali di seluruh dunia. - CARI |