"Hari tu berpeluk dengan Roberto Carlos, ni dengan Black Eyed Peas lak, tak padan berlakon watak baik-baik, party girl betul."
Tiz Zaqyah sekali lagi menghangatkan media sosial apabila memuatnaik gambarnya bersama dua ahli kumpulan Black Eyed Peas iaitu Taboo dan Apldeap berlatarbelakangkan sebuah kelab eksklusif.
Berbeza dengan gambar sebelum ini yang memaparkan 'eratnya' bersama Carlos, tetapi kali ini Tiz hanya berpose biasa di parti itu. Namun gambar itu turut jelas menunjukkan kemesraan Taboo apabila beliau membuat simbol hati dan Apldeap pula tersenyum lebar.
Malahan kali ini Tiz membuka ruangan komennya berbanding ketika bergambar bersama Roberto Carlos yang ruangan komennya ditutup (juga menyebabkan IG Carlos diserang oleh netizen Malaysia kerana kemesraan tersebut).
Kredit foto: IG
Melihatkan lokasi serta selebriti luar negara yang bukan calang-calang membuatkan segelintir pengikut Tizz berpendapat yang pelakon berkarektor ini agak sosial orangnya. Malahan mereka juga terkejut kerana ia lari jauh berbanding watak baik-baik yang dipegangnya sebelum ini.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan Tiz Zaqyah sejak Nur Kasih ditayangkan pada tahun 2009, sudah arif benar dengan kehidupan realiti pelakon ini. Bagi mereka, ia adalah perkara biasa kerana drama dan dunia realiti adalah dua perkara berbeza. Jadi, tidak timbul isu Tiz seksi di luar tetapi bertudung di dalam drama, kerana itu adalah kehendak skrip semata-mata.
Jika ada segelintir peminatnya yang tidak sangka, sebenarnya ramai netizen termasuk artis tanah air yang respek dengan Tiz kerana berpeluang bertemu dengan selebriti luar negara secara dekat. Antaranya ialah Lisa Surihani, Sari Yanti, Fara Fauzana dan Syazwan Zulkifly.
Antara pelakon berkarektor di Malaysia - IG
Sebagai pelakon yang sentiasa memegang watak wanita teraniayai, mungkin ramai peminat mengandaikan karektor Tizz adalah seperti di dalam drama tersebut. Namun tanggapan mereka musnah apabila melihat sebaliknya. Jadi, diharapkan semua peminat seni tanah air jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan terhadap artis pujaan mereka kerana seperti drama, ia juga tidak seindah realiti. - CARI
|