Selepas menerima darjah kebesaran dengan gelaran Datuk lima tahun lalu, penyanyi kelahiran Indonesia, Sri Rosa Roslaina Handiyahi atau Rossa kini sekali lagi dikurniakan darjah kebesaran Negeri Pahang yang lebih tinggi iaitu Darjah Sri Sultan Ahmad Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Kredit foto: KLICK.MY
Penyanyi itu antara 19 penerima darjah kebesaran yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang. Datuk Seri Rossa menyatakan rasa syukur atas pengurniaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu hadiah istemewa untuk ulang tahun kelahirannya yang ke-40.
Kredit foto: Utusan Online
Memetik Berita Harian, penyanyi yang popular dengan lagu Pudar itu berkata pingat berkenaan akan menjadi pemangkin kepada karier seninya dalam industri muzik serantau.
"Mungkin juga ini penghargaan kepada saya setelah berkecimpung dalam dunia seni selama 21 tahun," katanya.
Kredit foto: Instagram
Walau bagaimanapun, ramai netizen mempersoalkan pengurniaan darjah kebesaran tersebut memandangkan mereka tidak pernah mendengar sebarang sumbangan Rossa kepada industri dan komuniti setempat khasnya.
"Rakyat pening kepala atas dasar apa sebenarnya darjah kebesaran itu diberi kepada seseorang? Adakah atas dasar suka hati kami lah!" kata seorang pembaca Malaysiakini.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Semakan di laman Wikipedia menyatakan Pingat SSAP yang diterima Datuk Seri Rossa biasanya dikhaskan kepada mereka yang memberikan perkhidmatan yang terpuji dan cemerlang kepada Raja , rakyat dan Negeri Pahang Darul Makmur.
Kredit foto: Wikipedia
Walaupun biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Peringkat Tertinggi, pingat ini juga boleh dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya.
Jadi tidak ada salahnya jika Datuk Seri Rossa menerima antara anugerah tertinggi Negeri Pahang ini. Eh, ke macam mana? - CARI |