Gandingan mantap pelakon dan penyanyi Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pompom bersama pengacara radio, Shuk Sahar sebagai pasangan pengacara pada Anugerah Skrin (ASK2018) telah mendapat pujian daripada ramai yang rata-rata terhibur dengan cara pasangan tersebut mengendalikan majlis.
Gandingan Shuk & Elly buat penonton tak henti gelak..
Foto: Instagram Elly Mazlein
Elly yang kini difahamkan berada di Perancis telah memuat naik foto pujian itu ke akaun Instagram miliknya dan turut mengatakan rasa terharu apabila usahanya itu mendapat penghargaan sehingga menyebabkan dia merasa mahu segera kembali ke tanah air.
"Terus rasa nak balik KL sekarang juga. Terima kasih semua yang sudi menonton," tulis Elly pada ruangan kapsyen dan menyatakan bahawa dia mencari rezeki untuk menjaga anak dan ayahnya.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Rata-rata ramai memuji Elly dan mengatakan bahawa mereka sangat terhibur.
Sangat kelakar buat penonton tak henti gelak...
Foto: Instagram Elly Mazlein
Sememangnya usaha Elly itu wajar diberikan penghargaan kerana dia dan Shuk berjaya mengendalikan majlis dengan baik dan sangat menghiburkan. Mungkin lepas ni Elly akan mendapat lebih banyak peluang dalam bidang pengacaraan. -CARI |