Benarkah ramai wanita memilih calon suami dengan memandang kasih sayang?
Lelaki pula mendakwa wanita sebenarnya 'gold digger' yakni mencari kekayaan di sebalik simbol lambang kasih sayang.
Begitulah perdebatan di laman media sosial apabila Insta Famous, Syafiqah Aina memuat naik videonya mendapat hadiah iPhone terbaru daripada suaminya, Hafiz Mahamad. Lebih hangat diperkatakan ialah Hafiz turut menghadiahkan telefon pintar yang sama kepada ibu dan bapanya.
Video tersebut membuatkan ramai wanita berasa beruntung kerana dihargai dan diberi kejutan walaupun selepas berkahwin. Manakala lelaki pula merasakan wanita sebenarnya sukakan hadiah mahal, maka perlu memilih lelaki kaya sebagai calon suami.
Kredit foto: Twitter
"Siapa suruh miskin, tak layak dapat perempuan cantik."
Pandangan tersebut dipersetujui oleh rata-rata lelaki yang menyatakan hanya lelaki kaya layak mendapat isteri cantik, manakala lelaki miskin langsung tidak berpeluang. Pandangan tersebut ditulis dengan tulisan sarkastik, namun ramai pula yang terasa.
Kredit foto: Twitter
"Ni memang betul, sebab ada juga orang komen pasal filem 50 Shades. Apa akan jadi jika Christian Grey tu bukan jutawan? Nak ke Anastasia kat dia, tak pasal-pasal kena tuduh perogol nanti."
Jadi, memang betul lah lelaki kaya mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki yang tidak berduit. Golongan lelaki yang terasa ini kemudiannya melukis graf bagi menggambarkan situasi tersebut.
Kredit foto: Google
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang menafikan bahawa wang adalah segala-galanya. Wanita ini merasakan seorang isteri sebenarnya sukakan elemen kejutan. Jadi bukan mahal atau murah yang dicari sebaliknya sikap menghargai isteri itu sendiri seperti lemah lembut, tidak kedekut dengan keluarga dan sebagainya
Wanita dan lelaki berbeza. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Malahan jika berhadapan dengan sesuatu masalah sekalipun, cara mereka menanganinya turut berbeza. Jadi, betul ke wanita yang 'gold digger' atau lelaki yang sebenarnya salah faham? - CARI
|