Kesian Putera William, beliau kedengaran mengadu kerana menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan anak perempuannya, Puteri Charlotte.
Kredit foto: us.hola.com
Pasangan Diraja Putera William dan Kate Middleton mempunyai ramai pengasuh dan pembantu, tetapi seperti ibu bapa lain mereka lebih suka untuk terlibat aktif dalam mengurus keperluan anak-anak. Tabiat ini dipuji ramai warga Britain.
Kredit foto: Carian Google
Pasangan ini sering dilihat menghantar dan mengambil anak mereka dari sekolah, membawa mereka bersiar-siar dan tidak segan-silu menunjukkan kemesraan dengan anak-anak di khalayak ramai. Sesuatu yang jarang dibuat generasi Diraja sebelumnya.
Bagaimanapun, menurut Putera William, ada satu perkara yang tidak disenanginya ketika menjaga anak-anak. Namun, ianya bukan mengganti lampin pakai buang atau menidurkan anak menangis pada jam 3 pagi.
Kredit foto: Carian Google
Dalam sebuah trip Diraja ke Blackpool bulan lalu, akhbar Mirror mendedahkan seorang ayah kedengaran mengadu kepada Putera William bahawa beliau mempunyai kesukaran untuk mengurus rambut anak perempuannya, lalu Putera William mendedahkan beliau juga mempunyai masalah sama!
Kredit foto: Mirror.com
'Saya cuba gaya ikatan ponytail dan Charlotte tidak menyukainya. Dia menjerit seperti mimpi ngeri,' katanya mengadu.
Kate yang mendengar perbualan kedua bapa itu mencadangkan Putera William membuat gaya jalinan atau silang kepang, tetapi Putera William berkata dia hanya tahu gaya ponytail.
'Saya tidak pernah punya banyak rambut untuk berlatih' kata Putera William berseloroh.
Kredit foto: Carian Google
Nampaknya, walaupun Putera William hidup dalam keadaan yang serba mewah, menjadi seorang bapa adalah sesuatu yang sukar kerana sebab yang satu ini.
Mari kongsikan apa yang membuat anda hampir berputus asa ketika melayan kerenah anak? - CARI |