Barisan kerusi Ahli-ahli Parlimen PH kelihatan lengang ketika Najib berbahas dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu. Kredit foto: Facebook
Sikap Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) termasuk yang bergelar menteri Kabinet yang 'hilang' semasa Dewan Rakyat bersidang mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen di negara ini.
Mereka menyuarakan kekesalan berhubung isu itu sebagai reaksi terhadap sindiran yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laman Facebook miliknya pada 19 Mac bagi memperjelaskan gambar suasana di dalam Dewan Rakyat ketika beliau berbahas.
Najib menyindir Ahli-ahli Parlimen PH yang 'hilang' ketika beliau berbahas. Kredit foto: Facebook
Salah seorang daripada mereka memulangkan paku buah keras terhadap penyokong-penyokong PH yang selama ini menuduh Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan hanya berani bersuara dalam Facebook sahaja.
Kredit foto: Facebook
Seorang netizen berpandangan, menteri-menteri Kabinet yang diamanahkan untuk mentadbir kerajaan sepatutnya mendengar hujah-hujah yang dibahaskan oleh wakil rakyat pembangkang.
Dia berkata, mereka tidak sepatutnya keluar dewan semata-mata kerana 'tidak tahan telinga' mendengar hujah-hujah berasaskan fakta yang dibentangkan oleh pihak lawan.
Kredit foto: Facebook
Namun, penyokong-penyokong PH tidak berdiam diri dan tampil mempertahankan 'serangan' yang dilancarkan terhadap pemimpin-pemimpin kesayangan mereka.
Ada di antara mereka mendakwa, isu Ahli-ahli Parlimen 'ponteng' sidang Dewan Rakyat turut berlaku semasa Barisan Nasional (BN) memerintah termasuk ketika era pentadbiran Najib sendiri.
Kredit foto: Facebook
Setiap Ahli Parlimen tanpa mengira sama ada di pihak PH atau BN sepatutnya berusaha menghadiri sidang Dewan Rakyat setiap masa kerana mereka telah diamanahkan oleh rakyat untuk membawa suara mereka di Parlimen.
Jangan pula salahkan rakyat sekiranya mereka tidak lagi diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Ahli Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.- CARI