View: 8383|Reply: 61
|
'Jangan Layan Pengemis Kanak-kanak' - Hannah Yeoh
[Copy link]
|
|
Hannah Yeoh menegaskan kepada orang ramai agar tidak memberi derma kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa sindiket pengemis.
Harian Metro melaporkan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menegaskan kementerian berkenaan tetap dengan pendirian ‘tiada belas ihsan’ terhadap sindiket yang menggunakan kanak-kanak untuk mengautkan keuntungan mudah.
Foto: FMT
“Jika kita lihat, kanak-kanak digunakan untuk mengemis tidak kira di restoran, jalan raya mahu pun di depan rumah ibadat, jangan sesekali beri duit kepada mereka.
“Sebaliknya, segera hubungi talian kasih 15999 dan JKM akan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Hannah berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai tindakan kerajaan berhubung isu kanak-kanak gelandangan yang terbabit dalam sindiket haram di negara ini.
Selain mengadakan program Bijak Membantu Tidak Tertipu bagi mengelakkan masyarakat daripada ditipu, orang ramai juga boleh menyemak kesahihan pendaftaran sesebuah rumah kebajikan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Jadi, elakkan daripada memberi secara terus kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggunakan kanak-kanak untuk mengemis kerana ia menyalahi undang-undang dan dalam isu ini, penguatkuasaan menerusi Akta Kanak-kanak Klausa 32 boleh digunakan,” katanya yang menyarankan orang ramai menyalurkan bantuan terus kepada Yayasan Kemiskinan Negara.
Tegasnya, sindiket terbabit akan terus berleluasa sekiranya masyarakat masih 'kasihan' dan menghulurkan derma kepada pengemis kanak-kanak.
Dalam masa sama, Hannah mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan NGO atau mana-mana rumah ibadat yang menjadikan kanak-kanak sebagai pengutip derma. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penah nampak lecturer share pengemis ni dengan baby dalam 8 bulan, nampak sangat bukan anak die. pastu bagi minum 100+ kat baby tu. Ya Allah geramnya tengok. jahat betul mokcik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah sekali jumpa peminta sedekah riba baby dia, dalam 2-3 bulan kot, dengan anak kecik 2 orang duduk bersila sebelah dia. pastu dia merayu kat aku mintak duit sambil cakap tolonglah dia, dia nak beli susu dan makan untuk anak, anak dia ramai dan laki dah 4 tahun mati. aku terus menonong jalan, pastu baru terfikir, kalau laki kau dah mati 4 tahun, mana datangnya baby tu. cis! |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.. baby dan anak kecil diheret sekali duduk berpanas berhujan nak mintak sedekah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu?
propose lah solution,
Nak report kat mana?
Apa tindakan yang kita sebagai anggota masyarakat untuk curb this issue?
Nan hado? |
|
|
|
|
|
|
|
kuangja kan? diperbodohkan aku hidup2! dekat TBS semakin ramai. dulu bawa anak je, pastu dah start jual barang, last2 mat minah saleh pun ikut sama. kat jejambat antara TBS ke LRT tu. aku kalau ada jalan lain, memang nak elak lalu situ. pernah sekali mak bawak anak sakit yang kepala besar tu. gila ke apa, bagi anak terbaring situ, dengan panas, berhabuk dan ada lalat. bengap sungguh!
|
|
|
|
|
|
|
|
That's why kena ada solution,
Contohnya kita sebagai orang awam,
ambil gambar bukti, dan report kepada 'Pegawai Jejambat' contohnya.
tak bolehlah biar mereka tumbuh melata bab cendawan selepas hujan.
seolah-olah kita support aktiviti mengemis ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat malaysia ni baik hati sgt..tu sebab pengemis ni berleluasa..
kt jejantas sogo ke lrt tu byk pengemis..
slalu buat bodoh jer..
pernah xderma, pengemis tu maki balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols sedari dulu memang tak suka nak bagi derma kat budak-budak fakir ni sebab mmg tau dorg ni mesti ada sindiket sbb pernah satu hari tu masa tu iols pun study lagi, iols and members pegi makan KFC kat area Petaling Street and this one girl beggar umur mcm 7 tahun gitu mintak duit sbb lapar. Iols pun panggil dia masuk KFC sekali tapi dia taknak sbb dia kata adik dia pun lapar, adik dia tunggu kat rumah. Iols pun bagi la ayam drummet dua ketul, sheols mcm tak happy sbb sheols nak duit jugak. Iols bagitau kawan iols tu kalau iols la yg diberi KFC free mau aku lompat bintang lima kali.
Then mmg selalu la kena marah dgn my mom and kengkawan sbb stingy mcm haji bakhil, siap my mom cakap bagi je derma, nanti dapat pahala, we dont have to query pun duit tu ke mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat area kg mertua i tiap kali ada pasar ahad mesti ada rohingya tak tahu malu mintak sedekah. Pastu yg budak2 dtg rumah tak ckp pape tadah tangan je. Pak mertua plak jenis bg duit kalau rumah i, i buat bodoh or berlakon call police mesti dia lari. |
|
|
|
|
|
|
|
This is a true story Iols dgr from my aunt. Jiran dia Cik Bedah (nama samaran) andartu umur 50-an gitu, ada sekali tu pergi rombongan kak kiah ke Thailand dgn acik-acik sekilang. Then sampai kat satu tempat kat selatan Thailand, Cik Bedah ni antara org last turun dari bas. Turun je dia nampak sorg budak lelaki umur 10 tahun jerit “Maksu Bedah!” And yes sheols sgt cam dgn suara tu sbb sebijik mcm suara anak sedara sheols yg hilang a few weeks ago. Tapi rupa dah lain sgt, terlalu kurus, rambut dah hampir botak, sgt tak terurus, dan tangan sebelah dah kena potong! Budak lelaki tu jerit lagi, Cik Bedah pun confirm itu anak sedara dia yg hilang. Dia panggil nama and budak lelaki tu cakap ya. Then Cik Bedah ni bawa budak lelaki tu naik masuk bas, tp 2-3 org lelaki bersenjata terus terkam dan acu kan senapang kat Cik Bedah. Dorg jerkah Cik Bedah ni utk lepaskan budak tu, kalau tak, dorg tembak dua2 mati. Cik Bedah ni terpaksa lepaskan juga. Menangis2 dua beranak tu masa berpisah. Lepas tu mmg tak jumpa dah. Cik Bedah terus murung for a few months. Dia report polis right after the incident but what can they do? Cik Bedah tu sampai ke hari ni katanya menyesal, kalau kena tembak pun takpe katanya. Tragic! |
|
|
|
|
|
|
|
tu dia dah bg tahu
“Jika kita lihat, kanak-kanak digunakan untuk mengemis tidak kira di restoran, jalan raya mahu pun di depan rumah ibadat, jangan sesekali beri duit kepada mereka.
“Sebaliknya, segera hubungi talian kasih 15999 dan JKM akan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
dokupangg replied at 27-3-2019 10:22 PM
This is a true story Iols dgr from my aunt. Jiran dia Cik Bedah (nama samaran) andartu umur 50-an gi ...
Sedehnyaa... |
|
|
|
|
|
|
|
kena ada persatuan yang mengintip pengemis kanak-kanak ni.. tengok dorang pergi mana lepas mengemis.. lepas tu baru dapat tangkap orang yang hantar mereke mengemis di tepi jalan |
|
|
|
|
|
|
|
“Sebaliknya, segera hubungi talian kasih 15999 dan JKM akan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
cuma effisien ke tak line tu. Kang call2 tak berjawab macam no aduan SPAD belakang bas tu |
|
|
|
|
|
|
|
“Sebaliknya, segera hubungi talian kasih 15999 dan JKM akan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnye..ape lh nasib budak tu lps tu kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan beri mungkin ramai akan buat, hanya bab nak buat lapuran jer orang ramai kurang nak lakukan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|