Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, penyanyi Celine Dion sering dilihat bersama dengan seorang lelaki kacak bernama Pepe Munoz, seorang penari, dan media sering membuat spekulasi bahawa Pepe adalah teman lelaki barunya.
Kredit foto: Carian Google
Penat dengan gosip itu, Celine akhirnya membuka rahsia bahawa dia dan Pepe hanyalah teman biasa kerana Pepe seorang gay.
Kredit foto: Carian Google
Pengumuman Celine itu mengejutkan banyak media yang selama ini membuat andaian mereka lebih daripada sahabat. Pepe adalah seorang penari dari Spanyol dan sentiasa dilihat menemani Celine di banyak majlis-majlis sosial, yang akhirnya mengundang pelbagai spekulasi.
Kredit foto: Buzzfeed
"epe seorang gay, mulanya saya ingatkan semua sudah tahu, tapi gosip media tidak berhenti-henti dan merimaskan kami," terang Celine memberitahu Extra TV.
Kredit foto: Buzzfeed
Suami Celine, Rene Angelil meninggal dunia selepas perkahinan mereka selama 22 tahun dan menurut Celine, Pepe banyak membantunya meringankan keperitan dan kesedihan.
"epe sahabat yang baik, dia banyak menolong saya, memegang tangan, memeluk dan menghiburkan saya," tambah Celine.
Kredit foto: Buzzfeed
Kemesraan mereka itu bagaimanapun menyebabkan ramai yang tidak tahu akan status Pepe membuat andaian dia adalah pengganti mendiang suaminya.
Kini, terjawaplah persoalan status hubungan Celine dengan lelaki kacak yang sering mengiringinya. Rupanya hanya bersahabat. -CARI |