Bertambah-tambah cabang perniagaan Dato' Alif Syukri dan terkini khabarnya ialah barangan kosmetik yang akan dipasarkan dalam masa terdekat. Bagaimanapun promosi produk tersebut yang dilakukan di sebuah laman Instagram didakwa diplagiat daripada gambar kosmetik antarabangsa.
Lebih memalukan ialah tiada kredit yang diberikan pada kosmetik antarabangsa tersebut malahan seronok pula mereka mempromosikannya seolah-olah itu adalah gambar produk mereka yang ditunggu-tunggu selama ini!
Kredit foto: Twitter
Beberapa keping gambar diletakkan di IG dengan mengambil bulat-bulat gambar tersebut serta meletakkan kapsyen sendiri iaitu 'coming soon'. Hal ini menyebabkan ramai netizen berasa marah kerana menggunakan hak orang lain tanpa rasa bersalah.
Kredit foto: Twitter
Menurut netizen tersebut, dia telah menegur secara baik di Direct Message (DM) pemilik IG tersebut (rakan kongsi Aliff Syukri), namun dibalas acuh tidak acuh tanpa sebarang permohonan maaf serta kata-kata "Any problem?" lalu memadam gambar tersebut. Hal ini jelas menunjukkan tiada etika dalam berniaga hingga tergamak menggunakan gambar orang lain untuk mempromosikan produknya.
Kredit foto: Twitter
Selain tidak beretika, cara tersebut adalah cara pintas tanpa membazirkan masa dan wang ringgit dengan membuat sesi fotografi baru. Namun dalam masa sama ia adalah cara yang menjerut perniagaan itu sendiri. Dengan tidak memberikan sebarang kredit kepada gambar tersebut, seolah-olah ia menunjukkan yang barangan itu sendiri kurang berkuaiti dan gaya jawapannya pula?
Dah buat salah sepatutnya minta maaf dan berjanji tidak melakukannya lagi di masa akan datang. Rasanya Aliff tiada masalah untuk mengeluarkan modal bagi membuat sesi fotografi terbaru, jadi janganlah mahu ciplak hasil kerjaya orang pula ya. - CARI
|