CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38222|Reply: 95

[Seni] UFO Dalam Lukisan Kuno

[Copy link]
Post time 14-4-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by KILL_NANCY at 15-4-2019 08:15 PM



Seperti yang diketahui umum, akronim bagi U.F.O. bermaksud “Unidentified Flying Object” atau "Objek terbang yang tidak dikenali".

Jelas sekali apabila Flying Object ini telah dikenal pasti, ia tidak boleh dianggap sebagai UFO lagi. Wujud beberapa artikel yang membincangkan tentang objek terbang yang muncul dalam karya seni kuno, begitu juga wujudnya buku-buku yang mentakwil paleo astronautik atau clipeology, menyajikan pelbagai karya seni sebagai bukti penampakan UFO pada masa lampau. Malangnya apabila ianya dibangkitkan dan dipertimbangkan dengan skala yang lebih serius, keluarbiasaan kewujudan entiti-entiti ini tidak diendahkan malah mereka-mereka ini lebih dengan penciptaan karya-karya seni tersebut.



Kesusasteraan itu terkadang menceritakan peristiwa yang sudah berlangsung dahulunya, ada yang dilampirkan melalui buku-buku, ada juga dicurahkan idea-idea itu di atas kanvas melalui lukisan-lukisan yang menitikberatkan "Attention to detail" yang tidak pernah gagal menjamu mata-mata pencinta seni dan sastera seperti saya, mungkin anda juga. Berbalik kepada kewujudan UFO yang berlegar-legar di dalam karya seni kuno, adakah ianya hanya ingin menyampaikan sesuatu yang abstrak kepada kita? Simbolik kepada sesuatu yang pingin disampaikan tetapi penyampaiannya sekadar merentasi pemikiran lantas tidak boleh diterima akal oleh sesetengah individu

Pada abad ke 15 seorang pelukis Byzantine tanpa nama telah membina satu perspektif kepada pelukis lain di mana beliau memasukkan unsur-unsur yang tidak kanonik dan tiada kod yang ditetapkan ke dalam lukisan lagi-lagi yang menerapkan pemetaan institusi keagamaan. Persoalannya adakah objek-objek misteri yang wujud di kanvas-kanvas lukisan kuno itu boleh diklasifikasikan sebagai U.F.O?





Kepada forumer yang punya Visual Vertigo yakni alah pada polar-polar atau corak-corak di dalam lukisan, bentuk dan sebagainya elakkan daripada menilik lukisan-lukisan ini terlalu lama.

Jika anda rasakan alah pada material yang punya unsur-unsur kesenian atau sangat teruja dengan keindahan lukisan yang mampu buatkan anda pening, jantung berdenyut kencang dan rasa mual, mungkin anda sedang mengalami sindrom stendhal psikosomatik dan tolong langkau ke perenggan seterusnya !!!


Sambil-sambil .... Layan ....

Muse - Supermassive Black Hole



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 15-4-2019 08:16 PM







Piring terbang atau sekadar awan yang memancar seri?


The Madonna with Saint Giovannino oleh Domenico Ghirlandaio 1449 - 1494, dipamerkan di Sala d'Ercole di Palazzo Vecchio, Florence, Itali.

Pada mulanya tidak ada yang luar biasa tentang lukisan ini sehinggalah mata tertumpu di atas bahu kiri Madonna. Representasi objek atau imej misteri yang dijelmakan di sebalik nilai-nilai estetika di atas kanvas itu membawa satu persoalan. Apakah objek itu? Kenapa bentuknya dilukis sebegitu dan proportionsnya agak janggal? Adakah bentuk-bentuk objek misteri ini merupakan penginterpretasian makna yang masih berada pada tahap yang longgar dan kabur?



Kemungkinan ada di antara kita yang tidak perasan akan kewujudan objek ini lalu beranggapan ia hanyalah awan yang bergumpal dan menyerlah di antara awan-awan yang lain. Namun ada juga yang perasan dan mula mendakwa bahawa ini adalah objek yang dimaksudkan penulis seakan-akan mewakili .... semacam sebuah objek terbang.



Jika diamati betul-betul seorang pengembala kambing dan anatolian shepherdnya mendongak ke arah objek tersebut, jadi itu menjadikan ia satu petunjuk bahawasanya objek itu benar-benar tergantung di langit sana. Namun, timbul pula satu persoalan yang lain .... Kenapakah Domenico Ghirlandaio menzahirkan UFO di atas kanvas berunsurkan kesusasteraan religious setting? Bukankah itu sesuatu yang melanggar aturan alam ketika zaman itu?

Pun begitu saya lebih selesa mengandaikan di mana objek-objek ini hanyalah sekadar simbol-simbol yang kerap digunakan di dalam lukisan-lukisan kuno di era renaissance iaitu di sekitar kurun ke 14 hingga 17. Simbol-simbol kuno yang sarat terkandung manifesto keagamaan samada ianya wujud dalam bentuk abstrak atau konkrit dizahirkan untuk membentuk kepercayaan masyarakat ketika itu.




Antara contoh simbol kuno yang meresapi kesenian dalam agama Kristian - In Hoc Signo


Ia adalah satu kebiasaan apabila kita melangkah masuk ke gereja Katolik dan melihat surat-surat IHS diukir pada salib atau dipaparkan secara jelas dalam tingkap kaca berwarna. Apakah maksudnya?

Bertentangan dengan kepercayaan popular, monogram ini tidak membawa maksud "Saya telah menderita atau I have suffered", atau "Jesus Hominum Salvator" atau bahkan "In Hoc Signo." IHS lebih tepat disebut sebagai "Christogram," dan ini adalah merupakan cara kuno untuk menulis perkataan "Nabi Isa."

Mari kita kembali ke perjalanan abad ketiga, orang Kristian memendekkan nama Jesus dengan hanya menulis tiga huruf pertama pada namanya dalam bahasa Yunani, ΙΗΣ (iaitu singkatan daripada nama penuhnya, ΙΗΣΟΥΣ). Huruf Greek Σ (sigma), ditulis dalam abjad Latin sebagai "S," menghasilkan sebuah monogram yang lazimnya diwakili sebagai ΙΗS.

Selepas beberapa abad berlalu, simbol-simbol Gereja itu diisytiharkan sebagai simbol-simbol rahsia, ia juga sering diukir di makam-makam orang Kristian. Kemudian pada abad ke-15, Saint Bernadine Siena meneruskan kempen ini di dalam khutbahnya sebagai satu cara mempromosikan penghormatan kepada Nama Suci Jesus sekaligus mendorong orang-orang Kristian meletakkan monogram IHS ini di setiap pintu kediaman mereka.

Kita tinggalkan monogram kuno ini buat seketika



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 15-4-2019 08:18 PM



Berkemungkinan juga kita boleh mentakwil simbol-simbol atau kehadiran objek-objek ini sebagai merujuk kepada bulan. Bagi menyokong kenyataan ini, sudah tentu semakan sejarah terdahulu harus diambil kira dalam membentuk fakta yang maakul dan kuat serta boleh diterima akal.


Lakaran bentuk bulan yang pertama oleh Harriot dengan penglihatannya dirujuk pada sebuah teleskop


Pada hujung minggu tahun 1609, seorang ahli matematik di London, Thomas Harriot mengintip bulan melalui teleskop barunya dan memutuskan untuk menggambar apa yang dilihatnya di atas sekeping kertas. Lakaran bentuk bulan yang terhasil adalah yang pertama dengan menggunakan kemampuan teleskop, sekaligus mengetepikan lakaran Galileo selama lebih kurang empat bulan. Ekoran itu Galileo rasa tercabar dengan reputasi Harriot, beliau mengambil keputusan untuk meneruskan kajiannya tentang bentuk muka bulan yang menjadi persoalan dan bualan tular ketika itu. Galileo pinginkan kepujian pada masa yang sama Harriot hanya berdiam diri ....

Tidak keterlaluan saya katakan bahawasanya Thomas Harriot adalah individu pertama yang mengimplementasi logik Boolean sebelum pendekatan ini diasaskan oleh ahli matematik Inggeris George Boole (1815 - 1864). Logik Boolean adalah sistem Pengiraan atau pengendalian berdasarkan logik yang hanya mempunyai dua keadaan logik, iaitu sama ada 'benar' atau 'palsu', ya dan sistem ini saya kira telah diguna pakai oleh Thomas Harriot dalam lakaran muka bentuk bulan seperti lampiran rajah di atas.

Teleskop (atau "Dutch trunke ") yang Harriot gunakan malam itu menyajikan spesifikasi 6x-perbesaran/magnification, membolehkannya melukis beberapa baris dan beberapa teduhan cahaya untuk menunjukkan kawasan yang kini dikenali sebagai Mare Crisium. Beberapa bulan seterusnya dia melampirkan pemerhatian dan analisis lunarnya itu pada sebuah tamsilan yang berbunyi : "Secara keseluruhannya," tulisnya, "dia kelihatan seperti tart yang dimasak untuk saya pada minggu terakhir. Di sini ada kening yang cerah, dan di sana gelap, dan ia kelihatan sangat membingungkan."

Tom Harriot telah berjaya merungkai bentuk bulan dari fasa ke fasa tertentu, lakarannya telah diambil oleh ahli astronomi dan ahli astrofizik moden untuk dibuat rujukan hingga ke saat ini, sehinggakan lengkungan garisan yang wujud di permukaan bulan telah dikenali sebagai Mare Crisium kini!!! Syabas Harriot!!!

Jadi berdasarkan sumber sejarah yang mengendong fenomena sains tanpa sempadan ini, kita dapati ianya berlangsung pada hujung era renaissance, banyak lukisan-lukisan kuno ini hadir sebelum kurun ke 15 lagi dan pelukis-pelukis lagenda itu masih bereksperimentasi dalam melakar atau melukis bentuk bulan yang sebenarnya. Benarkah begitu?


The Annunciation with Saint Emidius oleh Carlo Crivelli, 1486



French book Le Livre Des Bonnes Moeurs (“The Book Of The Moralities”) oleh Jacques Legrand, 1338



‘The Crucifixion’, 1350


Komet?? Bagaimana pula dengan lukisan di bawah ini?


John the Baptist and Jesus – Muzium Fitzwilliam , Cambridge, England – Dilukis pada 1710 oleh Aert De Gelder




Fresco of the crucifiction oleh Svetishoveli Cathedral, kurun ke 17


Bulan?

Susah untuk dirungkai bukan?

Muse - Starlight




Our hopes and expectations ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts


Berbalik pada lukisan The Madonna with Saint Giovannino yang pernah kontroversi suatu ketika dahulu di mana timbulnya persoalan siapakah True Painter yang menghasilkan karya tersebut.

Walaupun kebanyakan artikel yang membincangkan tentang kesusasteraan di dalam lukisan dikreditkan kepada Ghirlandaio, namun masih ada yang mempertikaikan tentang pelukis sebenar Madonna with San Giovannino ini. Ada di kalangan sejarawan dan budayawan menamakan nama lain merujuk kepada True Painter atau pelukis sebenar lukisan tersebut berdasarkan faktor-faktor stafaj yang wujud di latar belakang lukisan. Nama-nama itu adalah Jacopo del Sellaio dan Sebastiano Mainardi.

Mainardi adalah seorang perantis dan abang ipar kepada Ghirlandaio, yang memantau Mainardi sebagai tuannya. Hubungan rapat mereka mungkin menjelaskan mengapa terdapat kekeliruan mengenai pelukis sebenar karya ini. Bagaimana kekeliruan ini boleh diatasi? Jika anda meletakkan diri sebagai Ghirlandaio apakah yang harus anda lakukan untuk mengelakkan kekeliruan seperti ini timbul di masa akan datang?


Pengembala kambing mendongak memandang ke arah 'awan' bercahaya, Adoration of the Christ Child oleh Vincenzo Foppa kurun ke 15


Sudah tentu anda menyelitkan nama pena atau simbol atau tera air di atas karya anda sebagai rujukan pada lukisan yang anda hasilkan. Kaedah ini pertama kalinya digunakan diFabriano,Itali, pada tahun 1282, di mana tanda yang dikehendaki dihasilkan dengan mengolah ketebalan pada kertas yang masih dalam keadaan basah, seterusnya menghasilkan bayangan yang kelihatan, ya dan simbol-simbol tera air ini sering berulang kali digunakan oleh budayawan dan pelukis-pelukis kuno dahulu di dalam karya mereka. Tetapi yang menghairankan simbol-simbol itu tidak konsisten dan selalu berubah-ubah. Tera air tidak konsisten? Hmm. Holiset ....


Pengembala kambing mendongak memandang ke arah 'awan' bercahaya, Nativity of Vincenzo Foppa oleh Vincenzo Foppa kurun ke 15


Bagaimana pula pendapat anda? Benarkah objek-objek itu mewakili UFO atau .... Kongsikan mengikut perspektif anda berdasarkan bukti-bukti komprehensif yang saya lampirkan di atas.

Sumber Rujukan :

Ebook - Stothers, Richard B. 1977

Ebook - The ancient art of Stoic joy by William Brixton Irvine
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts


Artikel ini ditulis untuk memberikan perspektif yang luas kepada pencinta-pencinta kesusasteraan dan kesenian. Saya tidak mendapat faedah dan ianya tidak menawarkan keuntungan sedikit pun kepada saya. Saya rasakan forum seperti ini sangat-sangat memerlukan informasi yang dapat memberikan cetusan idea kepada pembaca ....

Saya menyediakan konteks dan bukti yang mencukupi hasil daripada pembacaan saya di internet dan sudah tentu buku. Saya hanya ingin berkongsi maklumat supaya orang dapat memahami lukisan-lukisan ini dengan lebih jelas, dan memahami apa yang pelukis-pelukis ini cuba gambarkan. Saya juga percaya ada di antara pembaca akan menambah info-info yang mereka tahu mengikut kefahaman mereka.

Nisbah kepercayaan saya tentang UFO dalam karya-karya sebegini mungkin pada unjuran 1:1. Ini mungkin bukan UFO, barangkali ia boleh mewakili tenaga Devine yang membawa perubahan kepada manusia, melalui kasih sayang dan damai maka stafaj seperti orang-orang bersayap dan burung-burung, dizahirkan secara simbolik. Begitu juga dengan simbol-simbol harp, sangkakala, tongkat dan lain-lain, mungkin membawa lambang keharmonian. Siapa tahukan?

Pun begitu, jika ianya benar-benar mengendong simbolik agama, kenapa perlu melukis awan atau bulan dengan bentuk UFO? Atau melukis lingkaran terbang mengelilingi seekor merpati untuk mewakili matahari dan sebagainya. Kenapa tak lukis matahari macam matahari je setan?!. Jika benar, kepada pelukis-pelukis tersebut, bukankah mereka melakukan bida'ah secara tidak sedar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts


Saya yakin ada di antara pembaca-pembaca di sini sudah biasa dengan teori bahawa UFO digambarkan dalam banyak lukisan Alkitab atau Biblical kuno, terutama dari Zaman Pertengahan.

Saya tidak menolak teori UFO dalam lukisan-lukisan kuno ini, tidak pula saya mengatakan teori itu benar-benar palsu. Saya juga tidak menafikan teori-teori UFO ini wujud atas asbab mencari keuntungan dan populariti pada sesetengah pihak. Bagaimana jika saya katakan gambaran UFO langsung tidak wujud dalam karya-karya seni ini.

Pendapat saya adalah sangat penting untuk mengingati keadaan lukisan atau karya seni pada masa itu. Ia bertepatan dengan kewujudan sekolah-sekolah kesenian dan kesusasteraan yang sangat menitikberatkan garis panduan dan tradisi yang ketat. Mungkin objek-objek tersebut sebagai stroke atau konfigurasi garisan pada lukisan yang telah dipatenkan.

Contohnya lukisan ini :



Ini adalah contoh lukisan yang sangat popular kononnya kedua-dua objek yang dibesarkan di sudut-sudut bawah di belakang Jesus tersebut merujuk kepada UFO, ternyata tidak sama sekali.

Karya ini dilukis dengan menggunakan teknik "Gaya Byzantine". Seperti yang saya katakan sebelumnya, tradisi ini mempunyai garis panduan. Garis panduan yang sama dalam lukisan-lukisan dengan Gaya Byzantine sering memaparkan dua objek yang sama di langit di belakang Jesus dalam peristiwa penyaliban. Objek ini adalah simbolik bagi matahari dan bulan, berkali-kali ia muncul di sebalik stafaj lukisan-lukisan kuno, dibelakang subjek utama. Ini adalah merujuk kepada cahaya = positif dan kegelapan = negatif.

Berikut adalah contoh lain daripada lukisan-lukisan kuno Gaya Byzantine tentang peristiwa penyaliban Jesus yang menggambarkan matahari dan bulan dengan kedudukan yang sama, nah :







Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-4-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 20-7-2019 05:42 AM



Amaran 18SX!!!


Bagaimana mengenalpasti stroke atau gaya lukisan pelukis-pelukis kuno terkenal?

Antaranya :

Kalau korang tengok subjek-subjek dalam lukisan tu hampir telanjang sepenuhnya dengan bentuk punggung yang gedabak, penuh selulit, tu Rubens yang lukis.





Kalau korang tengok mata subjek-subjek tu dilukis macam mata lembu, rambut lelaki kerinting bergulung-gulung macam perempuan, hah tu Caravaggio yang lukis.



Kalau korang tengok subjek-subjek tu dilukis dengan fizikal yang terencat, proportions hauk sana sini, konon-konon modern art, tu Picasso yang lukis.





Kalau subjek-subjek dalam lukisan tu dilukis dengan bentuk kulit yang menggelepai, tersiat, kulit muka tanpa muka, tangan besar sebelah, kepala manusia badan haiwan, haaa tu Salvador Dali yang lukis.





Kalau korang tengok latar belakang lukisan tu suram, gelap je, ekspresi muka subjek-subjek tu macam baru lepas kena seksa, tu Titian yang lukis.





Kalau korang tengok subjek perempuan tu dilukis dengan kening bersambung, muka nak marah je, ada iras-iras muka Helga G. Pataki, tu Frida yang lukis.



Kalau semuanya dilukis dengan pencahayaan yang kurang, macam kena suluh dengan lampu jalan, tak lain tak bukan Rembrandt yang lukis tu.



Kalau korang tengok lukisan tu ada ballerina, tutu .... tu Degas yang lukis.



Kalau lukisan tu subjek-subjeknya dilukis dengan kontras yang terang, tajam, HD, kebiru-biruan, muka minta simpati dan muka lelaki wajib berjanggut/berjambang. Sudah tentu El Greco yang lukis.



Sumber foto : Internet


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
@dani-rox

@manjalara_01

@hibernation

@MeghanK

@seribulan

@AlterEgo

@fixit

@lil_honey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah wahai tuan tanah, memang satu kupasan yg amat teliti, sukar dan memenatkan...kak yg cuba baca dan fahami pun dah rasa penat

Memang menarik, terbaik lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
@fixit

@AlterEgo

@kuihbakar

@Catpaw

@matkpop

Jom asah minda kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:29 PM | Show all posts
tak lekat pulakk

dulu memang menjadi satu topik yg amat menarik untuk diikuti, apatah lagi dulu sumber rujukan, bacaan tak semudah sekarang....nak berinternet, surf data pun memang nangis dulu laa

tapi seingat akak, kalau ada je yg bercakap, bercerita, berdebat pasal UFO, ada je pihak berkuasa(cth NASA)  yg menafikan....seolah2 benda tu taboo sangat

tapi tengoklah, dlm lukisan kuno pun dah wujud gambaran2 UFO ni


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 14-4-2019 12:24 PM
@fixit

@AlterEgo

thank you Mok Kuuuu.

nak scroll baca sat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:37 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 14-4-2019 01:02 PM

UFOs and Extraterrestrials in Art History




The Historical Record of Planet Earth speaks of ongoing contact with extraterrestrials as found in oral traditions, tablets, stone monuments, petroglyphs, and art forms found throughout the planet. Many of these images could also be lenticular clouds.
[size=26.5899px]https://www.crystalinks.com/ufohistory.html



Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:39 PM | Show all posts
Iraq

Reptilian looking entities found in Iraq - 5,000-4,500 BC.

Sumerian Gods



Art Exhibit British Museum #52

Sumerian Gods - Scroll Through The Images

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:41 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 14-4-2019 11:46 AM



Figurines, Lizard-headed or Ubaid Style, clay, Ur (Ubaid culture), 5th millenium BCE, h:13.6 cm From the Ubaid - Southern Mesopotamian Period, 5000 BCE - 4000 BCEFound in Ur. The Ubaid culture succeeded the Halaf at the end of the 6th millenium BCE in southern Iraq, then spread throughout Mesopotamia. Ubaid culture is known for painted pottery; large houses of tripartite plan for extended families; and lizard-headed figurines of both male and female gender. Figurines such as the above examples are typical. The figure on the left holds a baby on her hip and suckles it. The figure on the right has incised stretch marks on her abdomen. It has been suggested that the brown-painted dots and lines represent tatoos, and the clay pellets scarring. It is unknown if the shape of the skulls represents actual head-binding.

Similar Lizard-headed figurines have been found at Eridu. Collon, Dominique. Ancient Near Eastern Art. Berkeley: University of California Press, 1995, pg 46.

@idakamaruddin



Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Love u tt. Akaq suka art2 yg berilmu mcm ni. Good job.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 12:54 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 14-4-2019 12:09 PM

@KILL_NANCY
@winamp_05
@ipes2
@idakamaruddin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 14-4-2019 12:20 PM
Tahniah wahai tuan tanah, memang satu kupasan yg amat teliti, sukar dan memenatkan...kak yg cuba bac ...

terima kasih kak kumari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lovelytouch replied at 14-4-2019 12:48 PM
Love u tt. Akaq suka art2 yg berilmu mcm ni. Good job.

terima kasih lovelytouch.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
@ipes2 apa pendapat doc?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.347700 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list