Jika anda penggemar minuman seperti Tealive dan Chatime pasti pernah merasa 'topping' minuman seperti pearl, grass jelly dan sebagainya. Harga satu minuman paling kurang pun RM 6 hingga RM10. Kalau hari-hari minum pun boleh muflis juga ya! Kali ni tak perlu dah beratur panjang-panjang di kiosk sebab anda boleh buat sendiri di rumah resipi pearl ala Tealive ni.
Bahan dan cara memasak pun mudah saja, boleh buat satu jug terus!
Bahan-bahan diperlukan
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung ubi
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna hitam
Campurkan kesemua bahan. Air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga aduna tidak melekat di jari. Cubit dan uli adunan menjadi bebola kecil sehingga siap semua.
Rebus dengan air gula
Kemudian, rebus dengan air gula. kalau nak sedap lagi gunakan gula melaka.
Tunggu sehingga masak. Kemudian dah siap untuk dihidang. Mudah ja kan?
Selain teh ais, boleh juga dicampurkan dengan minuman lain. Sedap kenyal-kenyal gitu. Selamat mencuba! -CARI
|