Majalah Fesyen terkemuka dunia, Vogue kini mendapat kecaman daripada pembacanya yang kecewa dengan keputusan penerbitan itu sekali lagi menjadikan Kim Kardashian sebagai penghias kulit bagi isu Mei 2019.
Kredit Foto: Vogue
Muka depan isu itu yang dimuatkan dalam Instagram majalah berkenaan menunjukkan bintang realiti terkenal, Kim Kardashian, 38, bergaya dengan pakaian jenama Chanel dengan air mengalir dari atas wajahnya.
Kredit foto: Vogue
Peminat setia majalah Vogue mengecam pemilihan Kim kerana berpendapat ianya mengenepikan ramai lagi model high-fashion yang lebih layak ditonjolkan.
Seorang follower berkata 'Saya rindukan Vogue yang lama, yang menampilkan model dan ikon fesyen sebenar, saya tidak ada masalah dengan Kim tetapi dahulu Vogue adalah majalah fesyen berkelas tinggi'.
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto:
Kredit foto: Carian Google
Walaupun begitu, terdapat juga sokongan di sebalik kecaman. 'Saya meminta maaf kepada semua model sebenar, tetapi Kim memang layak sebagai penghias muka depan,' kata seorang peminat Kim.
'Kenapa semua orang membenci Kim? Dia sememangnya layak' kata seorang lagi.
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
Susulan ratusan komen negatif tersebut, Editor Anna Wintour terpaksa membuat kenyataan mempertahankan keputusannya.
'Cover majalah Vogue sememangnya untuk mereka yang berkelas tinggi, tetapi kalau setiap bulan kita pilih model, majalah akan jadi membosankan!' kata Anna.
Pendirian Anna ini jauh berbeza daripada dahulu yang membenci Kim Kardashian dan pernah mengharamkan kehadirannya ke majlis Met Gala anjuran Vogue kerana berpakaian 'seperti sampah'.
Kredit foto: Carian Google
'Kami pernah menjadikan Madonna sebagai penghias kulit suatu ketika dulu yang menjadi kontroversi pada tahun 1960-an, kini beliau menjadi antara bintang dunia paling besar,' kata Anna memberikan justifikasi.
Apa-apapun, ramai pembaca berpendapat tindakan Anna menjadikan Kim cover itu adalah terdesak untuk menarik lebih ramai pembaca dan pembeli Vogue.
Nampaknya, bukan sahaja majalah tabloid dan picisan menjadikan bintang realiti sebagai penghias, malahan mereka juga kini telah memonopoli majalah berkelas tinggi. - CARI |