“Saya tak fikir dia sebodoh itu untuk buat seperti itu dan merakamkannya dan dalam gambar."
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak bodoh untuk melakukan perbuatan seks sejenis dan merakamkan aksi menjijikkan itu.
Kredit foto: IG Azmin Ali
Memetik Utusan, Dr Mahathir percaya tuduhan dilemparkan terhadapnya adalah percubaan memerangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.
“Saya fikir ada yang cuba perangkap dia dengan kehebatan elektronik masa kini, anda boleh tunjuk macam-macam gambar yang mungkin betul atau tidak," tegasnya yang menggesa rakyat menolak berita palsu. - CARI |