Bila tiba hari perkahwinan, pasti anda ingin menyimpan momen-momen indah seperti foto dan video untuk tatapan di kemudian hari. Jadi sudah pasti anda akan mengupah jurugambar atau juruvideo terbaik walaupun harga upah mencecah ribuan ringgit!
Gara-gara foto perkahwinan terlalu 'unik', seorang jurugambar telah dikritik kerana foto yang diambil menjadi 'seram' dan 'gerun' pula untuk dilihat. Servis jurugambar itu telah dipromosikan oleh sepupunya @bebelleyy di laman media sosial, twitter.
Walaupun foto tersebut cantik, namun konsep penggambaran tersebut terlalu 'dark' dan tidak seperti kebiasaan yang kita lihat. Niat asal wanita tersebut adalah untuk mempromosikan hasil kerja sepupu beliau itu ternyata mengundang komen netizen. Lucu-lucu pulak tu komen netizen!
Ini semua tercetus apabila salah satu foto yang mencetus kontroversi kerana agak seram.
Dah macam shot filem seram!
Album gambar pun boleh, buku cerita seram pun boleh
Tambahan, ada pula netizen yang bertindak kreatif membuat poster daripada gambar tersebut.
|