Jika anda peminat drama Melayu, pasti tidak asing lagi dengan pelakon veteran wanita iaitu Maimunah Ahmad, ataupun lebih dikenali sebagai Mak Jah di kalangan rakan artis. Mak jah yang terkenal dengan gelagat melatah apabila diusik itu sudah jarang kelihatan di kaca television sejak kebelakangan ini.
Rupa-rupanya ketiadaan Mak Jah adalah kerana beliau kini sedang bertarung dengan kanser rahim dan kini sedang berusaha mendapatkan rawatan.
Mak Jah yang kini berusia 71 tahun dikatakan sedang bergelut dalam usaha penyembuhan sehinggakan terpaksa menggadai barang kemas miliknya gara-gara membayar kos perubatan kanser yang dihidapinya. Kos perubatan yang mahal membuatkannya terpaksa bergolok gadai kerana baginya, kesihatan lebih penting daripada harta benda.
Dilanda kemurungan sehingga 6 bulan..
Mengimbas kembali detik awal ketika mengetahui dirinya dijangkiti penyakit kanser, Mak Jah mengakui dirinya dilanda kemurungan sehingga hampir 6 bulan. Namun, Mak Jah bangkit semula berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus dan kini, beliau semakin beransur pulih dan sudah bersedia untuk kembali ke dunia lakonan.
Peminat drama tempatan pasti merindui kemunculan Mak Jah di dunia lakonan. Mari kita doakan yang terbaik untuk beliau dan semoga cepat sembuh! - CARI
|