View: 10840|Reply: 47
|
Wanita Kongsi Perbezaan, Teman Lelaki Melayu Yang Tak Menyokong Dan Teman Lelaki
[Copy link]
|
|
Seperti yang kita tahu kebanyakan budaya dan adat mengamalkan konsep patriarki di mana lelaki di kira sebagai atas dan wanita di bawah mereka.
Tapi bila dah masuk zaman milenium ini, ramai yang dah anggap konsep ini sebagai tidak relevan dan tak boleh diguna pakai lagi. Ramai yang mengatakan lelaki Melayu rata-rata sering menggunakan alasan ini untuk merendahkan wanita.
Sama seperti apa yang dibincangkan oleh seorang pengguna Twitter ini yang berkongsi pengalamannya bercinta dengan lelaki Melayu dan lelaki asing.
Kredit foto: Twitter
Wanita ini menceritakan bahawa bekas teman lelaki yang Melayu seperti tidak mahu dia berkembang dari segi impian dan masa depan. Tak seperti teman lelaki berbangsa asing yang sentiasa memberi sokongan dan galakan bagi terus memperbaiki dirinya.
Teman lelaki Melayu siap memberi pelbagai arahan seperti tidak boleh kerja jauh, tak boleh gelap sangat dan lain-lain.
Tambahnya lagi, lelaki Melayu susah nak beri sokongan terhadap kerjaya dan minat teman wanita mereka.
Kredit foto: Twitter
Wanita ini bagaimanapun menegaskan bahawa kisah ini semua adalah daripada pengalaman sendiri dan dia hanya membuat kesimpulan daripadanya.
Netizen yang membaca bebenang ini ramai yang turut bersetuju dengan pendapat wanita ini. Tak kurang juga yang menceritakan kegilaan teman lelaki Melayu mereka.
Bebenang ini sebenarnya tercetus daripada entri lain di Twitter di mana seorang pengguna telah memuat naik jawapan Dr. Amalina kepada soalan sama ada dia pernah bercinta dengan lelaki Melayu.
Apa pendapat anda? -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
perangai tu ye lah.itu xboleh ini xboleh, time die boleh pulak xpaham aku. bercakap dgn colleague pon problem.belum lg fb ad org komen, bukan salah aku org komen..eiiii gile |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab kau jumpa lelaki melayu yg salah... Walhal kokusen tu pun ada yg saiko jugak tapi kau ditakdirkan jumpa kokusen yg kau cerita ni
Yg aku tak faham, kenapa kena cedok cerita dekat twitter??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jer retis & marhaen yg couple n kawen ngan mat saleh hujung2 ke parit
camno tue |
|
|
|
|
|
|
|
Well said sis walaupun pahit tapi itulah situasi sebenarnya ditanahair sendiri. Rasanya generasi yang sopan santun sentiasa memberikan galakan agar terus berjaya tu dah makin pupus dan menghilang. |
|
|
|
|
|
|
|
tgu dia jumpa mat salleh tak boleh pakai plk. apa plk cerita dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb laki kokesen dibesarkan dgn surrounding kebebasan. Mcm melayu kan ada agama n adat budaya.. sbb tu byk restriction.. tp apa pon berbalik kpd perangai jugak.. mana2 bangsa ada je yg berkualiti n sampah.. nasib la dapat yg mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
sendunya hidup kau dik, tak jumpa lelaki melayu yg berkualiti walhal ramai je yg sporting and supportive, tgk la ko duduk kat circle yg mcm mana dik.
eh ada ayat, bf dia bukak champagne, jika dia melayu Islam, mohon jgn lah hidup menyerupai kafir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan semua melayu sama dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku lagi xfhm..kenapa issue nie pun kena buka benang? BBNU sangat |
|
|
|
|
|
|
|
arabisasi kot, wanita tak boleh lebih dari lelaki, |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan lelaki melayu mcm tu, tapiiii x semua sama okey.
dan tak semua pun lelaki bukan melayu (read:mat salleh ke, negro ke) bagus2 mcm dia cte.
kita ni terikat dlm lenggok budaya dan cara hidup. dan pkra ni mempengaruhi cara pemikiran, cara hidup dan tindakan kita.
org melayu, bila dh kawin, nk duduk serumah xnk PJJ, lbh suka bataskan pergerakan pasangan sb tu ade ayat "kalau dh kawin buat cara dh kawin jgn hidup cm org bujang", mereka pandang pasangan mereka mcm life mak diorg; pagi-mlm duk sibuk hal rumahtangga je. sedangkan zmn skg wanita2 bekerjaya malah semua budak2 remaja kebanyakannya nk belajar u je pun x nk dh dlm negeri yg sama, nk pegi u jauh2, lps tu fly g oversea utk kije.
setiap bangsa, mempengaruhi cara berfikir dan bertindak ke atas pasangan, maka kita cari lah yg sesuai dengan citarasa. tak kira la bangsa melayu ke, cina ke, jepun ke, negro ke, mat salleh ke, arab ke.
kalau dh Dr Amalina tu contohnya dia suka pakai daring, freehair, speaking mat salleh ditambah hidup dia di oversea, takkan dia nk pilih ustaz berjambang berkopiah, pakai jubah, subuh jadi imam kat masjid, malam2 Qiamulail, hari2 bercakap psl tanggungjawab isteri, batas hidup pergaulan wanita lps kawin, etc la.. korang rse serasi ke taK?
opkos la Dr Amalina ni akan cari yg sealiran ngn konsep pemikiran dia. Dan ustaz berjambang tu cari yg sesama minda keinginannya.
ak bagi cth dr amalina sb senang org nk paham jgn kata aku rendah2kan dr amalina atau mana2 ustaz. ak bg contoh dari 2 gaya hidup manusia yg berbeza.
tepuk dada, tanya selera.
kalau nk kata lelaki melayu ni 'membosankan' ak rse korang cuba jadi bini pak arab. lagi jumud kot? pakai jubah hitam, purdah, x boleh drive kereta (skg dh blh kan) dan banyak peraturan2 ketat kalau kawin ngn org arab sana. so, jgn kaa bangsa melayu kita ni mcm teruk sgt.
aku x sokong perempuan atau lelaki, semua ni atas diri masing2 je sbnrnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tak semua lelaki melayu mcm ni. mcm abah aku, walaupun penyokong pas tegar, tapi ok je bile mak aku pegi berkempen utk bn hahahaha
tp abah aku mmg sejenis yg boleh berdikari la, boleh kemas rumah, memasak je fail. aku peratikan lelaki melayu yg mcm akak twitter citer tu, sejenis yg dilayan mcm raja oleh mak kt rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua org nak laki kokesen
Tapi xda peluang.. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sudahla.. yg pompuan tulis ni pun semua sama je jugak |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun fokus pada ayat tu, tetibe bawah ade Ya Allah bagai. so Islam la kekdahnye kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
x semua lelaki melayu mcm tu.. ada yg support their partners in every way.. cth husband aku.. aku naik pangkat n kena transfer pi negeri lain.. xdenya dia kata xyah pi.. in fact, dia sokong aku terima kenaikan pangkat n bagi hadiah.. katanya pepandai la kita atur commute mcm mana.. kalo aku stress dgn keja n in need of break, dia suruh aku pi bercuti dgn members.. tinggal anak2 bagi dia jaga.. nak 'me time'? just bgtau je.. in's not about the race but it's about the attitude itself.. simple... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam pada nak bercerita satu keburukan, terburai aib sendiri...
aku faham je point cerita dia tapi rengsa lah dengan aib2 yg dibuka itu. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju ngan ayat ko..cm terkejut giler pompuan ni daring habis siap gi bar la buka champagne la..at 1st ingatkn non muslim empunya twitter skali islam daa..
utk xOT, laki aku melayu..sejak dr form 6 smpai da 10 thun hubungan ni dia agak supportive..sbab dia bangga 1st tme awek dia masuk U sbab exes dia mostly minah rempit & I was very thankful slain dri duit bapak aku, dia pun stiap bulan bagi duit utk blnja..dia tau kos aku belajar tu sgat by pakai duit n siap pesan blaja baik2 wlaupun kitorang jarang jumpa sbb aku blaja kt gombak n dy dduk kat pontian..
cuma lately pas ade anak dia soh aku kurangkan aktiviti kat luar, meaning xpyah OT hujung mggu, xpyah nk cikcur kat hotel attend event @ jumpa client time hujung mggu sbab dia nk aku dok uma spend time with fmly n rest more..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|