CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3653|Reply: 27

[Tempatan] Tekanan tak cukup duit nak kahwin, kaunselor pun buat report palsu kononnya kena

[Copy link]
Post time 28-6-2019 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Tidak cukup wang berkahwin, kaunselor buat laporan palsu disamun
27 Jun 2019 8:36 PM


BUKIT MERTAJAM - Seorang kaunselor bertindak membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun di hadapan sebuah kedai di Jalan Besar Perai, Selasa lalu sehingga kerugian RM46,000 kerana kesempitan wang untuk melangsungkan perkahwinan.

Lelaki berusia 39 tahun itu bagaimanapun ditahan polis kira-kira pukul 10.35 pagi semalam di tepi

Jalan Kedai Subham Perai di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, lelaki berkenaan membuat laporan bahawa dia tiba-tiba didatangi sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki di lokasi tersebut.

“Suspek mendakwa pembonceng motosikal bertindak menarik beg sandang yang mengandungi komputer riba, wang tunai berjumlah RM39,000 dan pelbagai barangan kemas sebelum dua individu tersebut melarikan diri.

“Wang tunai ini didakwa untuk kegunaan majlis perkahwinannya dan barangan kemas seperti rantai leher,gelang tangan, loket serta subang pula adalah untuk diberikan kepada bakal isterinya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan polis kemudiannya menjalankan siasatan di lokasi kejadian namun tidak menemui sebarang bukti mengenai kes itu.

“Malah terdapat kecelaruan dalam kenyataan yang diberikan lelaki berkenaan.

“Akhirnya suspek mengaku bahawa telah membuat laporan polis palsu kerana keluarga teman wanitanya mahu mempercepatkan majlis perkahwinan namun dia mengalami masalah kewangan,” katanya.

Tambahnya, suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2019 10:13 AM | Show all posts
alahaiiii......sedih dgr kes2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai...rela mnipu..tdesak sgt dh tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 10:48 AM | Show all posts
sebenarnya masyarakat mula porak peranda bermula dgn kos kawin yg mahal.
lama2 benda halal makin susah nk dpt sebab disulitkn

wei.. kalu nk demand sgt, pi la cari bakal menantu tokey balak, anak dato, tan sri ke apa

ni ko cari kaunselor sekolah, bape sen sgt dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik bakal pengantin terus terang dengan famili kata tak dapat nak percepatkan sebab duit belum cukup. Kalau nak gak, then majlis kena ala kadar la ikut kemampuan, takleh nak grand2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 12:56 PM | Show all posts
laaaaa pulak ...tekanan di mana mana , hmm ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian pulak.janganlah kawin camtu,
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksiat berluasa sebab perkahwinan yang disukarkan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2019 02:20 PM | Show all posts
sila buat session untuk kaunseling kan diri anda sendiri pulak ye wahai kaunselor
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey: Baik bakal pengantin terus terang dengan famili kata tak dapat nak percepatkan sebab duit belum cukup. Kalau nak gak, then majlis kena ala kadar la ik ...

nanti ada yang mengutuk. kahwin hidang karipaap je
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah justifikasi yg baik utk golongan andartu dan bujang terlajak..kaunselor yg keje bagi nasihat kat org pun blh jadi mcm ni sbb kawin punya pasal..kesian
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz: nanti ada yang mengutuk. kahwin hidang karipaap je


Nak ambil anak dara orang, janganlah karipap aje kan. Gulai Kemahang pon ok. Dak kampung saya pon gigih bagi doorgift cikedis Siam siap karok meronggeng lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 28-6-2019 02:49 PM
Inilah justifikasi yg baik utk golongan andartu dan bujang terlajak..kaunselor yg keje bagi nasihat  ...

Umo 39 tahun tu. Terduduklah kaunselor tersebut mengenangkan nasibnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 03:31 PM | Show all posts
sepet kawin memang pakai manyiak luit

paling kulang rm50 libu

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 03:32 PM | Show all posts
kekadang kome ingat kome dah hebat...tapi kome lupa....kehebatan kome tu tak lah sehebat mana...ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk kawin ank mami mesti kena ada gelang sampai lengan br lepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2019 03:36 PM | Show all posts
kaunselor nak nasihat org lain
kaunselor  sendiri pun bermasalah
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dah terdesak,tu yang dia sanggup tipu kena samun
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap nya beliau bukan kaunselor aapk.. Punah org kalau dpt kan nasihat drpd kaunselor mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 10:20 PM | Show all posts
kalau bakal bini menyusahkan melampau proses nak kahwin, baik cari orang lain sbb jenis gitu tak boleh buat bini bang, sampaikan terpaksa menipu.

Karang dah kahwin lagi byk dosa sbb layan jenis camni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.107704 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list