“OMG! I see a baby bump, Bella..."
Mendengar jeritan itu, aktres Bella Dally,28 hanya mampu tersenyum. Namun apabila lebih ramai peminatnya menyatakan perkara yang sama, akhirnya Bella mengambil keputusan untuk mengumumkannya di Instagram. Ujarnya sejak berkahwin empat bulan yang lalu, selera makannya semakin menjadi-jadi. Lantaran itu, dia tidak mampu untuk mengawal diet lalu makan apa sahaja di depan mata.
I hate to break it to you but it’s actually a food baby! (..and thanks for saying I’m fat! *nangis tepi bucu katil*)
Kredit foto: IG
Mengakhiri ayatnya dengan "thanks for saying I'm fat" telah menjawab segala teka-teki dan persoalan para peminatnya yang teruja aktres kesayangan mereka 'berbadan dua'. Malahan menggunakan 'quote 'nangis tepi bucu katil' juga menjelaskan yang Bella bergurau dengan usikan-usikan para peminatnya mengenai badannya yang semakin berisi.
Bekas Ratu Cantik Malaysia 2009, Thanuja turut memuji penampilan Bella yang sangat menarik jika ada 'bayi' sekalipun.
Kredit foto: IG
Malahan ramai yang menyatakan Bella sekarang sangat bahagia sejak lepas berkahwin kerana 'badan berisi' menandakan suaminya sering membawanya merasai pelbagai makanan yang sedap.
Kredit foto: IG
Bella berkahwin dengan ahli perniagaan, Arif Izuddin Mohd Radzali, 34 pada 31 Mac lalu. Nampaknya perkahwinan Bella buat kali kedua ini jelas menunjukkan sisi-sisi bahagianya. Semoga apa yang didoakan oleh peminat akan termakbul jua. Mana tahu 'food baby' adalah petanda untuk Bella bersedia 'berisi' satu hari nanti. - CARI
|