View: 10553|Reply: 86
|
"Elak Orang Muda Minum Arak" - Shah Hazvee Mahu Buka Pub Halal Tanpa A
[Copy link]
|
|
Memang bagaikan trend apabila ramai di kalangan artis pada masa ini yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Satu tindakan yang bagus sebenarnya. Maklumlah, masa tengah hot inilah mereka boleh lakukan pelbagai pelaburan demi masa depan mereka sendiri.
Memetik laporan Astro Gempak, pelakon baru, Shah Hazvee turut tidak mahu ketinggalan untuk menceburi bidang perniagaan.
Namun, ia agak berbeza kerana menurutnya, dia ingin membuka pub yang tidak menghidangkan minuman alkohol.
Katanya pub yang dibuka itu mengetengahkan konsep halal. Oh begitu!
"Saya mahu buka pub halal kerana mahu menarik golongan muda yang selalu melepak di pub lain yang menghidangkan minuman beralkohol," ujarnya kepada portal hiburan itu.
Menurutnya lagi, para pelanggan masih boleh merasai suasana pub sebenar namun dengan tidak menghidangkan minuman beralkohol ini dapat mengelakkan mereka minum arak.
"Saya sendiri telah pergi ke pub lain untuk mengkaji, sebenarnya, kebanyakan golongan muda yang pergi kesana hanya mahu lepak dan menikmati 'vibes' di tempat itu.
"Jadi, dengan membuka pub halal ini, saya masih mengekalkan 'vibes' sebuah pub, namun tiada minuman beralkohol dihidangkan, sedikit sebanyak ia dapat mengelakkan golongan muda dari meminum arak," kata pelakon berusia 23 tahun ini.
Apa pula pendapat korang? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang nie aku betol2 x kenal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pub halal? Ibarat restoren letak signage serve no pork.. |
|
|
|
|
|
|
|
abis tu pub ko nak jual air apa?
sirap ais harga rm15.80? |
|
|
|
|
|
|
|
No pork no wain tapi tetap haramla joget tekinja kinja lepak smoking2..alaaa bangang |
|
|
|
|
|
|
|
Whoryuss??
Batak viral kah?? Next! |
|
|
|
|
|
|
|
who are youss??? ko berlakon pun sendu ada hati nak bukak pub halal lah nak elakkan golongan muda minum arak lah hapoo.
eh hello?! diorang gi tempat2 gitu pun sebab nak mencari benda2 alah tu la. celah semburit mana ko punya kajian nih kata diorang hanya nak lepak nak menikmati vibes bagai.
ko punya pub yang halalnya pun cuma kat minuman tu jah kan. menari joget membirah tu tetap ado kan noks so celah mana yang betul2 halalan toyiban nya premis pub engkau? |
|
|
|
|
|
|
|
ahlisihircute replied at 1-7-2019 01:09 PM
Yang nie aku betol2 x kenal....
Penah nmpk blakon cite monalisa . Tu je la . Mcm sendu je bakat |
|
|
|
|
|
|
|
ada heouls cuba meng"halal"kan budaya clubbing? pasni boleh la hijabista tudung jerut leher dengan seluar senteng meredah banjir menari tiang dalam pub halal kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dan pub heols akan dipenuhi dengan hijabista yang dah lama pergi clubbing secara sembunyi. Kalini dah boleh terang-terangan pergi, club halal gittewww.
|
|
|
|
|
|
|
|
thread ni dah ada kan dulu |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 1-7-2019 01:31 PM
ada heouls cuba meng"halal"kan budaya clubbing? pasni boleh la hijabista tudung jerut leher dengan s ...
Hahahaha nak vibe je katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Who r yussss nih.....tak kenal... |
|
|
|
|
|
|
|
sape ni,muka pun macam ikan keropok tasen. orang pegi pub minum arak lah weh, tanak minum arak orang pi setabak |
|
|
|
|
|
|
| |
|