|
Masih ingat lagi pada Lisa Estrada, atau nama sebenarnya Scarlet Ortiz, heroin popular dari siri telenovela Mis Tres Hermanas?
Mis Tres Hermanas atau terjemahannya My Three Sisters mengisahkan drama tiga adik-beradik perempuan yang dijaga oleh abang sulung mereka bernama Augusto.
Scarlet Ortiz mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak beliau masih kecil lagi melalui rancangan kanak-kanak, Nubeluz. Scarlet juga pernah menyertai pertandingan Miss Venezuela 1992. Ketika membintangi telenovela Mis Tres Hermanas, usianya ialah 26 tahun.
Beliau telah menjalinkan hubungan bersama salah seorang pelakon lelaki yang pernah berlakon bersamanya di dalam siri Mis Tres Hermanas, yang memegang watak sebagai Anibal atau nama sebenarnya Yul Burkle, sejak tahun 2001 lagi.
Kredit foto: IG
Jika dilihat di Instagram Scarlet, ramai yang menyangka mereka sudah berkahwin. Apa yang menarik, ini adalah tahun ke-18 hubungan cinta mereka tanpa ikatan perkahwinan.
Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai seorang cahaya mata hasil hubungan mereka. Anak perempuannya yang diberi nama Barbara Briana lahir pada 2010.
Kredit foto: IG
Namun, terdapat berita terkini melaporkan kemungkinan mereka berdua telah senyap-senyap berkahwin dalam sebuah majlis tertutup kerana Scarlet dilihat memakai sebentuk cincin perkahwinan di jarinya.
Kedua-dua Scarlet dan Yul kelihatan seperti keluarga bahagia dan saling mencintai satu sama lain. Tidak hairanlah Scarlet kekal awet muda sampai ke hari ini! Scarlet juga dikatakan masih aktif di kaca televisyen dan masih cantik seperti dulu walaupun kini sudah berusia 45 tahun.
Jom layan foto terkini aktres kesayangan anda ini.
Bagaimana, cantik bukan? - CARI |
|