KUALA LUMPUR – Siri video lucah melibatkan Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan individu yang didakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus tersebar.
Hari ini tersebar pula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Hotel Four Point, Sandakan.
Video berdurasi tiga minit 37 saat itu memaparkan perjalanan Haziq dari lobi hotel ke bilik yang didiami Mohamed Azmin.
Haziq dilihat memasuki bilik berkenaan jam 1.07 minit pagi dengan memakai pakaian hitam berhud.
Individu sama dilihat meninggalkan bilik pada jam 1.43 minit pagi pada 11 Mei lalu.
Dalam rakaman itu turut menyaksikan individu yang mirip Setiausaha Sulit Mohamed Azmin, Hilman Idham berulang alik di sekitar tingkat sama.
Kelibat Hilman dilihat beberapa kali melalui bilik berkenaan dari jam 12.23 minit tengah malam sehinggalah jam 12.06 tengahari pada 11 Mei.
Pada 12 Jun lalu, Haziq tampil mengaku dia adalah salah seorang individu dalam klip video seks yang tular.
Haziq turut mendakwa individu bersamanya dalam video intim itu adalah Mohamed Azmin.
Tetapi Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia percubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya. -MalaysiaGazette