"Suara Nabila Razali tak sedap pun. Adik Aiskrim ni berganda lagi sedap dari si cumi-cumi ni."
Nabila Razali, artis jemputan program realiti I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kedua ini dikritik kerana membuat pilihan salah dengan menyingkirkan peserta yang boleh menyanyi. Menurut mereka komen yang diberikan oleh Nabila tidak kena seolah-olah dia bersuara sedap, sedangkan langsung tidak.
Lebih parah kerana peserta yang terawal tersingkir itu bersuara lebih sedap darinya. Malahan kemunculan mengejut peserta musim lepas, Bad Ghani atau lebih dikenali dengan gelaran 'Abang Aiskrim' juga membuatkan penonton naik menyampah dengan sikap perasan Nabila itu.
Kredit foto: IG
Menurut warganet, Nabilalah sebenarnya penyamar bersuara sumbang kerana suaranya tidak konsisten malahan hanya sesuai untuk lagu-lagu yang mendatar sahaja. Malahan, ramai yang pelik dengan kriteria pemilihan Nabila sendiri sebagai artis undangan kerana diketahui dia bukanlah penyanyi yang hebat.
Tidak cukup dengan laman media sosial TV3 dan TV9 dihujani komen-komen tersebut, IG Nabila turut di'serang' dengan komen-komen yang menyatakan bahawa suara peserta lebih sedap dari Nabila sendiri.
Kredit foto: IG
"Alasan nabila razali paling aku tak suka ...
Ingat orang nyanyi lek2 tak sedap ke nyanyi...
Yang beria tu selalu tak sedap haha eee geram aku."
Mujur jugalah Nabila mendengar kata Seelan Paul untuk memilih peserta yang tepat bagi menyanyi bersama di peringkat akhir. Jika tidak mungkin lebih teruk kecaman tersebut. Apa pun, rasanya Nabila sendiri tahu situasi ini dan cuba meningkatkan kualiti nyanyiannya. Beri peluang okey? - CARI
|