Bagi mereka yang menjalankan perniagaan online, biasalah letak nombor telefon untuk pelanggan berhubung kan?
Pelanggan senang nak bertanya pasal produk jualan kita, dan peniaga pun bolehlah menyediakan khidmat terbaik untuk pelanggan masing-masing.
Iyerlah, bukan semua peniaga online ada modal untuk buat website mahal-mahal. Kebanyakannya bergantung kepada Twitter, Facebook dan Instagram untuk promosi produk, jadi senang letak nombor telefon sendiri.
Tetapi, untuk peniaga wanita terutamanya, nombor telefon ini selalu disalah guna lelaki gatal.
TENGOK PUKUL BERAPA MESEJ DIHANTAR, 2 PAGI!. FOTO: TWITTER
Paling mudah block jerlah nombor tu, tapi bila geram sangat tu boleh lah melayan dan "kenakan" mereka seperti yang dibuat seorang peniaga online ni.
Peniaga itu siap menyamar sebagai lelaki, dan mengajak lelaki gatal itu berkawan biarpun sama jantina. Apa salahnya lelaki berkenalan kalau betul-betul nak berkawan kan? Boleh sahaja, tapi bila memilih hendak berkawan dengan wanita sahaja, memang ada agenda lain lah.
KALAU BETUL NAK BERKAWAN, KENAPA PILIH JANTINA? FOTO: TWITTER
Akhirnya, peniaga wanita itu pun hantar lah gambar power seorang lelaki tak berbaju untuk lelaki gatal itu. Terus pandai sebut "Allah".
GAMBAR PALING POWER, TERPAKSA KENA CENSOR JUGAK. FOTO: TWITTER
Peniaga wanita itu kata, bukan sekali dua kena kacau. Niat nak berniaga, tetapi ada sahaja lelaki gatal yang menganggu. Nombor telefon itu untuk berniaga bukannya berkenalan sesuka hati.
ORANG NAK BERNIAGA LAH, BUKAN MENGGATAL. FOTO: TWITTER
Jadi, para gadis dan wanita yang berniaga online, ada pengalaman macam ni? Boleh beri tips untuk "kenakan" spesies lelaki gatal begini? - CARI |