Penonton di Wimbledon dilarang daripada mengambil gambar Meghan Markle yang hadir di kejuaraan itu.
The Sun melaporkan, pegawai perlindungan Duchess of Sussex itu dilihat memberi amaran kepada beberapa penonton berhampiran yang berbuat demikian.
Kredit foto: The Sun
Isteri kepada Putera Harry itu hadir bersama dua temannya untuk menyokong sahabatnya, Serena Williams yang menyertai kejuaraan itu, minggu lalu.
Kredit foto: Javier Garcia/Mirror
Tidak berapa lama kemudian, pegawai perlindungan diraja terbabit dilihat bercakap dengan seorang penonton dua baris di hadapan Meghan.
Namun, agak melucukan apabila lelaki itu sebenarnya tidak merakam gambar duchess berkenaan, sebaliknya hanya merakam swafoto berlatarbelakangkan perlawanan yang sedang berlangsung.
Kredit foto: Javier Garcia/Mirror
Manakala, Sally Jones, 64, yang duduk di barisan sama dengan Meghan mendakwa bahunya ditepuk pengawal keselamatan terbabit sebelum diberi amaran supaya tidak mengambil gambar duchess itu.
Bagaimanapun, bekas pengulas sukan BBC itu mendakwa dia sebenarnya sedang mengambil gambar Serena dan langsung tidak menyedari kehadiran Meghan di situ.
"Saya rasa, pegawai berkenaan kelihatan agak malu dan bingung apabila diminta melarang penonton daripada mengambil gambar Meghan," ujarnya.
Kredit foto: The Sun
Dia kemudian bertanya kepada lelaki terbabit sama ada pihaknya sudah berbincang dengan jurukamera stesen televisyen mengenai larangan merakam gambar Meghan menyebabkan pegawai terbabit tersipu malu.
Sementara itu, pengacara Good Morning Britain, Piers Morgan menuduh pasangan diraja Sussex berkenaan sebagai pasangan hipokrit.
"Jika dia mahukan privasi, pulang saja ke Amerika Syarikat!" ujarnya. - CARI |